Terapi keluarga untuk asma kanak-kanak

Faktor-faktor psikologi mungkin mempunyai kesan ke atas asma kanak-kanak, atau dengan tahap keterukan. Sesetengah kanak-kanak dengan keluarga yang mempunyai masalah asma yang teruk, terapi keluarga telah pun dicuba. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin terdapat dalam keluarga, di mana mereka telah menyebabkan kanak-kanak tersebut tertekan dan menyebabkan asma menjadi lebih teruk. Ulasan ini mendapati terdapat beberapa bukti daripada dua kajian bahawa terapi keluarga (selain daripada rawatan asma yang standard) mungkin boleh membantu mengurangkan gejala-gejala asma seorang kanak-kanak, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mendapat kepastian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information