Tampalan pelbagai jenis untuk angioplasti tampalan karotid

Persoalan

Apakah jenis bahan tampalan terbaik untuk pesakit yang menjalani angioplasti tampalalan karotid?

Latar belakang
Endarterektomi karotid adalah operasi yang dilakukan untuk membuang beberapa lapisan arteri yang berpenyakit yang telah menyebabkan strok. Biasanya pesakit yang memerlukan operasi ini berisiko mengalami strok kerana gejala strok baru atau penyakit arteri karotid yang teruk. Memasukkan tampalan pada akhir pembedahan karotid nampaknya dapat mengurangkan risiko lanjut penyakit strok dan arteri. Tampalan-tampalan tersebut diperbuat daripada bahan sintetik, urat milik pesakit tersebut sendiri, atau bahan semula jadi lain seperti perikardium sapi. Penampalan urat sering digunakan dan rentan terhadap jangkitan. Walau bagaimanapun, pembengkakan yang tidak normal terhadap tampalan tersebut atau tampalan yang pecah telah menjadi perhatian. Bahan tampalan sintetik termasuk Dacron dan polytetrafluoroethylene (PTFE) mempunyai kekuatan tinggi dan mungkin melibatkan risiko pecah tampalan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bahan sintetik boleh menyebabkan risiko jangkitan yang lebih besar. Perikardium sapi boleh membawa risiko yang lebih rendah untuk jangkitan dan komplikasi lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahan terbaik untuk prosedur angioplasti tampalan karotid masih belum dapat dipastikan. Ulasan ini bertujuan untuk menilai jenis tampalan yang lebih baik untuk dapatan klinikal (seperti strok dan kematian) dan komplikasi (seperti tampalan pecah atau jangkitan).

Tarikh carian
Kami telah mencari kajian-kajian sehingga 25 Mac 2020.

Ciri-ciri kajian
Kajian ini telah mengenal pasti 14 kajian rawak terkawal (RCT) yang melibatkan 2278 endarterektomi karotid, yang membandingkan bahan tampalan yang berbeza: tujuh kajian membandingkan penutupan vena dengan penutupan PTFE, lima cantuman Dacron dibandingkan dengan bahan sintetik lain, dan dua membandingkan perikardium sapi dengan bahan sintetik lain. Dapatan utama adalah strok pasca operasi dan strok jangka panjang (sekurang-kurangnya satu tahun) di bahagian yang dikendalikan. Dapatan sekunder adalah strok, serangan iskemia sementara (TIA), kematian, penyempitan atau penyumbatan arteri, dan komplikasi lain termasuk pecah arteri, palsi saraf kranial, jangkitan atau pendarahan luka, dan pembedahan semula atau pembengkakan yang tidak normal (pseudoaneurysm).

Keputusan utama
Hasil penggunaan pelbagai jenis bahan tampalan selepas endarterektomi karotid adalah seperti berikut.
• Tompok vena berbanding bahan sintetik: tiada perbezaan risiko strok selepas pembedahan atau pada jangka panjang. Kebimbangan utama adalah tompok-tompok vena nampaknya mengakibatkan pembengkakan tidak normal (pseudoaneurysm). Maklumat mengenai komplikasi lain adalah terhad.

• Dacron berbanding bahan sintetik lain: Tampalan dacron dikaitkan dengan risiko strok perioperatif gabungan dan TIA yang lebih tinggi, stenosis atau sumbatan arteri awal, dan sebarang strok pada susulan jangka panjang, walaupun bilangan dapatan kajian adalah kecil.

• Tampalan pericardium sapi dibandingkan dengan bahan sintetik lain: tiada perbezaan dalam hasil klinikal atau komplikasi, walaupun bilangan dapatan kajian adalah kecil. Maklumat mengenai komplikasi lain adalah terhad.

Kualiti bukti kajian
Sebilangan besar bukti berkualiti rendah atau sangat rendah kerana kaedah penyelidikan dan bilangan yang kecil. Tidak ada RCT yang dapat dibutakan untuk ahli bedah atau pesakit kerana bersifat intervensi, dan kebanyakan kajian tidak melaporkan sumber dana mereka. Sebilangan besar hasil kajian diturunkan gred kerana julat keyakinan yang luas dan kadar dapatan yang rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ammar Al Hakim bin Mohd Kamil (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information