Administrasi anti-D semasa hamil bagi menghalang alloimunisasi Rhesus.

Wanita yang kumpulan darahnya Rhesus negatif kadang-kadang membentuk antibodi Rhesus apabila mengandung bayi dengan Rhesus positif. Ini adalah sebagai tindak balas kepada sel darah merah bayi yang berbeza. Pemekaan lebih cenderung berlaku semasa kelahiran, tetapi kadang-kadang berlaku semasa peringkat akhir kehamilan. Antibodi ini boleh mengakibatkan anemia, dan kadang-kadang kematian kepada bayi dengan Rhesus positif semasa kehamilan seterusnya. Pemberian anti-D kepada ibu semasa kelahiran pertama memang diketahui boleh mengurangkan masalah ini. Ulasan ini menilai dua percubaan yang mempunyai bias sederhana ke tinggi yang mendapati bahawa pemberian anti-D semasa hamil mungkin dapat membantu, walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan faedah yang mungkin dan mengenal pasti sebarang bahaya yang mungkin berlaku.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information