Infusi-amnion bagi air ketuban yang bermekonium semasa proses bersalin

Infusi-amnion adalah tidak berfaedah bagi bayi yang mengalami air ketuban bermekonium di tahap pertengahan hingga terlalu pekat semasa proses bersalin, kecuali dalam situasi dimana fasiliti pemantauan bayi adalah terhad semasa proses bersalin.

Pergerakan usus (pembuangan mekonium) daripada bayi yang belum lahir boleh memasuki paru-paru bayi semasa dalam kandungan dan mengakibatkan kesukaran pernafasan selepas lahir. Tambahan cecair boleh disuntik ke dalam rahim (infusi-amnion) melalui faraj atau abdomen wanita tersebut untuk menambah lebih banyak cecair bagi mencairkan mekonium yang mengelilingi bayi. Semakan ke atas 14 kajian (melibatkan 4435 wanita) mendapati transfusi-amnion menggunakan air garam (salin) adalah bermanfaat hanya dalam situasi dimana bayi berisiko tinggi kerana faciliti pemantauan yang terhad. Kajian yang seterusnya diperlukan untuk melihat kesan ke atas wanita.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save