Wiley

John Wiley & Sons (Wiley) telah menjadi rakan kongsi penerbitan utama Cochrane sejak 2003, bekerjasama rapat dengan penyumbang Cochrane dan kakitangan untuk menyokong penerbitan Perpustakaan Cochrane pada platform penerbitan elektronik Wiley yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selama perkongsian Cochrane-Wiley, lebih separuh penduduk dunia telah mendapat akses dengan satu klik ke kandungan Cochrane melalui lesen atau program akses percuma. Wiley adalah pembekal global bagi penyelesaian perolehan-maklumat yang meningkatkan hasil dalam penyelidikan, pendidikan, dan amalan profesional. Perniagaan teras kami menghasilkan jurnal saintifik, teknikal, perubatan, dan ilmiah, buku rujukan, buku, perkhidmatan pangkalan data, dan pengiklanan; buku profesional, produk langganan, perkhidmatan pensijilan dan latihan dan aplikasi dalam talian; dan kandungan pendidikan dan perkhidmatan termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran bersepadu atas talian untuk pelajar pra dan pasca siswazah dan pelajar sepanjang hayat.

Ditubuhkan pada tahun 1807, John Wiley & Sons, Inc. (NYSE: JWa, JWb), telah menjadi sumber penting dalam pemahaman dan maklumat untuk lebih daripada 200 tahun, membantu manusia di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan dan aspirasi mereka. Wiley dan syarikat-syarikat yang diperolehi telah menerbitkan karya-karya bagi lebih daripada 450 penerima anugerah Nobel dalam semua kategori: Kesusasteraan, Ekonomi, Fisiologi atau Perubatan, Fizik, Kimia dan Kesejahteraan. Ibu pejabat global Wiley terletak di Hoboken, New Jersey, yang mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Kanada, dan Australia. Laman web syarikat itu boleh dilayari di http://www.wiley.com.

Berkongsi/Menyimpan