Melibatkan diri

Kekuatan kami adalah pada orang-orang kami - satu rangkaian global yang bebas dan sangat dihormati yang menghubungkan dunia penyelidikan dengan realiti membuat keputusan kesihatan.

Kami sedang berusaha untuk mencapai matlamat ini bersama-sama - anda boleh bantu?

Penglibatan tidak memerlukan kelayakan formal. Ramai daripada penyumbang Cochrane bekerja di institusi penyelidikan atau penjagaan kesihatan, tetapi ramai terlibat semata-mata kerana mereka berminat pada sesuatu bidang kesihatan, atau kerja Cochrane umumnya. Sesetengah orang bekerja untuk projek Cochrane semasa waktu bekerja, yang lain pada masa lapang mereka, di tempat kerja atau di rumah. Penyumbang Cochrane datang dari setiap penjuru - lebih daripada 130 buah negara di seluruh dunia. Semua orang boleh melibatkan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

Kami merancang untuk melancarkan cara baru dan lebih baik untuk penglibatan diri menjelang akhir tahun ini. Dalam pada itu, kami menghargai sokongan anda.

Sumbang masa anda Sumbang wang anda
Berkongsi/Menyimpan