Mesej utama
Walaupun carian menyeluruh, kami tidak menemui sebarang kajian yang melihat sama ada pengagihan semula tekanan kerusi statik membantu mencegah atau mengurus ulser tekanan. Ini adalah bidang topik yang penting dan penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan sama ada kerusi tersebut memberi manfaat kepada orang yang berisiko mendapat ulser tekanan atau tidak.
Apakah ulser tekanan?
Ulser tekanan ialah luka pada kulit dan tisu di bawahnya yang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan. Duduk boleh menjadi bahagian penting dalam proses pemulihan seseorang, tetapi duduk dalam tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko mendapat ulser tekanan.
Bagaimanakah ulser tekanan diuruskan?
Kusyen dan permukaan tertentu bertujuan untuk mengagihkan semula tekanan pada kulit apabila orang terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama. Terdapat lebih banyak kajian tentang kesan penggunaan kusyen pengagihan semula tekanan di kerusi roda berbanding di kerusi standard.
Kami tidak tahu kini sejauh mana keberkesanan pengagihan semula tekanan kerusi statik, berbanding dengan kerusi standard, untuk mencegah atau mengurus ulser tekanan pada orang yang berisiko.
Kerusi statik pengagihan semula tekanan terdiri daripada kerusi hospital standard dan kerusi yang digunakan dalam tetapan kediaman tanpa kusyen atau fungsi manual/dinamik, kepada yang mempunyai permukaan pengagihan semula tekanan bersepadu dan baring, naik atau condong apabila orang itu duduk padanya. Ini boleh dihasilkan mengikut reka bentuk standard atau reka bentuk yang ditempah khas yang disesuaikan dengan keperluan orang tersebut.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sejauh manakah pengagihan semula tekanan kerusi statik berkesan untuk mencegah atau mengurus ulser tekanan dalam tetapan kesihatan, pemulihan dan penjagaan sosial, dan tempat kediaman di mana orang menghabiskan hari mereka.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami mencari kajian yang diterbitkan dan tidak diterbitkan yang menilai pengagihan semula tekanan kerusi statik untuk mencegah atau mengurus ulser tekanan. Tiada sekatan pada bahasa, tarikh penerbitan atau tetapan kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami tidak menemui sebarang kajian lengkap atau berdaftar yang layak bagi menyiasat kesan pengagihan semula tekanan kerusi statik untuk mencegah atau mengurus ulser tekanan.
Tiada bukti berkualiti tinggi semasa yang menyokong atau menafikan peranan pengagihan semula tekanan kerusi statik untuk mencegah atau mengurus ulser tekanan.
Ini adalah bidang keutamaan dan terdapat keperluan untuk meneroka intervensi ini dengan penyelidikan yang rapi dan mantap.
Sejauh mana bukti ini terkini?
Bukti dalam Kajian Cochrane ini adalah terkini sehingga Jun 2021.
Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal (PPM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my