Biologik untuk artritis reumatoid (RA) bagi orang yang tidak pernah dirawat dengan methotrexate (MTX)

Soalan ulasan

Kami telah mengkaji manfaat dan kemudaratan biologik atau tofacitinib pada orang dengan artritis reumatoid (RA) yang sebelum ini tidak pernah dirawat dengan methotrexate (MTX), dalam ujikaji yang dilakukan sehingga Jun 2015. Data yang diperolehi untuk empat biologik TNF (adalimumab, etanercept, golimumab, infliximab) dan dua biologik bukan TNF-(abatacept, rituximab).

Apakah RA dan apakah biologik / tofacitinib?

Dalam RA, sistem imun, yang biasanya melawan jangkitan, menyerang lapisan sendi menjadikannya keradangan. Tanpa rawatan, keradangan boleh menyebabkan kerosakan sendi dan hilang keupayaan. Biologik atau tofacitinib adalah ubat yang boleh mengurangkan keradangan / kerosakan sendi dan menngurangkan simptom-simptom.

Ulasan menunjukkan bahawa dalam orang yang mengalami RA:

- Biologik (abatacept, adalimumab, etanercept, golimumab, infliximab, rituximab) dalam kombinasi dengan MTX mungkin dapat memperbaiki simptom-simptom dan tanda-tanda RA (tender atau sendi bengkak), peluang remisi RA (kehilangan simptom) dan berkemungkinan menambahbaikan sedikit keupayaan fungsi. Kami menurunkan keyakinan kami atas keputusan yang diperolehi kerana kebimbangan mengenai ketidakselarasan dalam beberapa keputusan.

- Biologik dalam kombinasi dengan MTX boleh membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko kesan buruk yang serius atau penarikan diri disebabkan oleh kesan buruk. Kami menurunkan keyakinan kami atas keputusan yang diperolehi kerana kebimbangan mengenai ketidakselarasan dalam beberapa keputusan dan kekurangan data.

Kami seringkali tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi ubat ini. Disebabkan oleh kekurangan data, kita tidak pasti tentang kesan biologik terhadap risiko kanser.

-TNF biologik (adalimumab, etanercept, golimumab) sahaja (tidak dalam kombinasi dengan MTX) mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam simptom-simptom dan tanda-tanda RA atau peluang remisi dalam RA (tiada data untuk biologik bukan TNF sahaja).

Anggaran terbaik tentang apa yang berlaku kepada orang yang mempunyai RA apabila mengambil biologik:

ACR50 (American College of Rheumatology 50: bilangan sendi bengkak atau sakit, sakit dan hilang upaya)

Biologik + MTX berbanding dengan MTX: 56 daripada 100 orang yang mengambil satu biologik (dalam kombinasi dengan MTX) mengalami peningkatan dalam RA berbanding dengan 40 daripada 100 orang yang mengambil MTX (16% peningkatan).

Monoterapi biologik (biologik TNF) berbanding dengan MTX: 35 daripada 100 orang yang mengambil satu biologik mengalami peningkatan dalam RA berbanding dengan 37 daripada 100 orang yang mengambil MTX (2% pengurangan)

Remisi (DAS <1.6 or DAS28 < 2.6)

Biologik + MTX berbanding MTX: 37 daripada 100 orang yang mengambil biologik (dalam kombinasi dengan MTX) mempunyai gejala RA mereka hilang berbanding dengan 22 daripada 100 orang yang mengambil MTX (15% peningkatan).

Monoterapi biologik (TNF biologik) berbanding MTX: 22 daripada 100 orang yang mengambil biologi yang mempunyai gejala RA mereka hilang berbanding dengan 20 daripada 100 orang yang mengambil MTX (2% peningkatan).

Perkembangan kerosakan penyakit seperti yang diukur pada X-ray (skala 0 hingga 448)

Biologik + MTX berbanding MTX: orang yang mengambil biologik (dalam kombinasi dengan MTX) menunjukkan perkembangan radiografi sebanyak 0.45 mata berbanding kepada mereka yang mengambil MTX yang menunjukkan perkembangan 3 mata (pengurangan 0.5%).

Tiada kajian berkenaan monoterapi biologi.

Penarikan diri daripada ubat disebabkan kesan-kesan sampingan

Biologi + MTX berbanding MTX: 7 daripada 100 orang yang mengambil biologik (dalam kombinasi dengan MTX) menarik diri daripada kajian tersebut disebabkan oleh kesan yang buruk berbanding dengan 5 daripada 100 orang yang mengambil MTX (2% peningkatan).

Monoterapi biologik (TNF biologik) berbanding MTX: 6 orang daripada 100 yang mengambil biologi menarik diri daripada kajian disebabkan oleh kesan buruk berbanding dengan 6 daripada 100 orang yang mengambil MTX (0% perbezaan).

Kesan sampingan serius

Biologik + MTX berbanding MTX: 11 daripada 100 peserta yang mengambil biologik (dalam kombinasi dengan MTX) melaporkan kesan buruk berbanding dengan 10 daripada 100 orang yang mengambil MTX (1% lebih kesan buruk yang serius).

Monoterapi biologik (TNF biologik) berbanding MTX: 3 daripada 100 peserta yang mengambil biologik melaporkan kesan buruk yang serius berbanding dengan 7 daripada 100 orang yang mengambil MTX (4% kurang kesan buruk yang serius).

Kanser

Bilangan orang yang sama (1 daripada 100) dilaporkan kanser dengan penggunaan biologik (dengan sendiri dan dalam kombinasi dengan MTX) dan MTX sahaja sebagai pembanding. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa kanser, oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam membuat penafsiran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information