Alat pengukuran histologi untuk penilaian aktiviti penyakit dalam penyakit Crohn

Apa itu penyakit Crohn?

Penyakit Crohn adalah satu penyakit keradangan seumur hidup (kronik) saluran gastrousus yang dicirikan oleh sakit perut (kekejangan), perdarahan rektum, cirit-birit, hilang berat badan dan keletihan. Penyakit ini mempunyai perubahan perjalanan dengan tempoh-tempoh bergejala (dipanggil penyakit 'aktif' atau relaps) dan tempoh tanpa gejala (dipanggil 'remisi').

Apakah itu indeks skor histologi?

Indeks skor histologi mengukur aktiviti penyakit berdasarkan pemeriksaan biopsi spesimen dari usus (kepingan kecil tisu yang dikeluarkan daripada usus) di bawah mikroskop. Spesimen biopsi dikeluarkan dari usus semasa kolonoskopi (prosedur bukan pembedahan yang diguna untuk melihat saluran penghadaman menggunakan kamera) dengan forsep biopsi (alat untuk menggenggam dan membuang cebisan tisu). Biopsi akan diproses dan dinilai di bawah mikroskop oleh patologis (pakar perubatan yang menterjemah dan mendiagnosis perubahan disebabkan oleh penyakit pada tisu) yang kemudiannya menilai aktiviti penyakit menggunakan indeks.

Apakah yang disiasat oleh penyelidik?

Adalah penting bahawa indeks skor histologi mengukur apa yang sepatutnya diukur (kesahan); ia mengesan perubahan selepas rawatan (responsif); skor yang boleh diulang secara konsisten (kebolehpercayaan); dan ia boleh diguna dengan mudah (kemungkinan). Para penyelidik menyiasat sama ada kajian telah menilai kesahan, responsif, kebolehpercayaan dan kebolehlaksanaan indeks skor histologi.

Apkah yang didapati oleh penyelidik?

Penyelidik mendapati bahawa tiada indeks skor histologi sedia ada telah disahkan sepenuhnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save