Antivirals bertindak secara langsung untuk hepatitis C kronik

Latar Belakang
Jutaan orang di seluruh dunia menderita daripada hepatitis C, yang boleh menyebabkan penyakit hati yang teruk, kanser hati, dan kematian. Banyak intervensi berasaskan interferon sebelum ini telah digunakan untuk hepatitis C, tetapi tidak ada intervensi yang terbukti berkesan terhadap hasil yang berpusatkan pesakit dan penggunaannya dikaitkan dengan kesan sampingan yang serius. DAA adalah intervensi yang agak baru tetapi mahal untuk hepatitis C, dan keputusan awal menunjukkan bahawa DAA nampaknya membasmi virus hepatitis C daripada darah (tindak balas virologi yang berterusan) yang lebih kerap. Di samping itu, ejen-ejen ini kelihatan menyebabkan kesan buruk yang kurang serius. Dalam ulasan Cochrane ini, penyelidik telah menilai bukti mengenai kesan klinikal DAA untuk hepatitis C.

Ciri-ciri kajian
Penyelidik termasuk 138 kajian klinikal rawak. Kesemua kajian yang termasuk menghadapi risiko berat sebelah yang tinggi. 138 kajian menggunakan 51 DAA yang berbeza. Daripada jumlah ini, 84 kajian menilai DAA di pasaran atau di bawah pembangunan; 57 kaijan yang menggunakan DAA ditarik balik dari pembangunan atau pasaran. Kajian telah dijalankan dari tahun 2004 hingga 2016. Kajian adalah dari seluruh dunia termasuk 34 negara yang berbeza. Penyelidik memasukkan 17 kajian di mana semua peserta sebelum ini telah dirawat untuk hepatitis C (berpengalaman rawatan) sebelum dmasukkan dalam kajian. Terdapat 95 kajian yang hanya melibatkan peserta yang tidak pernah dirawat sebelumnya untuk hepatitis C (rawatan-naif). Tempoh intervensi adalah dari satu hari hingga 48 minggu dengan purata 14 minggu. Tempoh intervensi gabungan dan tempoh susulan adalah dari satu hari hingga 120 minggu dengan purata 34 minggu.

Hasil utama
Penyelidik tidak dapat menentukan secara pasti kesan DAA terhadap morbiditi atau kematian berkaitan hepatitis C daripada sebarang punca. Tiada data mengenai morbiditi berkaitan dengan hepatitis C dan kematian yang sangat sedikit berlaku sepanjang perjalanan kajian (15 kematian/2377 peserta antivirus langsung (0.63%) berbanding 1 kematian/617 peserta kawalan (0.16%), kualiti bukti yang sangat rendah). Berdasarkan kualiti bukti yang sangat rendah, 5.2% orang yang dirawat dengan DAA mempunyai satu atau lebih kesan sampingan yang serius berbanding 5.6% peserta yang tidak dirawat semasa tempoh pemerhatian. Apabila dianalisis secara berasingan, simeprevir adalah satu-satunya antiviral bertindak secara langsung yang menunjukkan bukti kesan yang bermanfaat apabila menilai risiko kesan sampingan yang serius. Akan tetapi, analisis penyelidik menunjukkan bahawa kesahihan keputusan ini boleh dipersoalkan dan bahawa 'bermain peluang' mungkin menjadi punca perbezaannya. Tiada maklumat yang mencukupi untuk menentukan sama ada terdapat kesan DAA terhadap hasil klinikal lain yang berkaitan. Keputusan penyelidik mengesahkan bahawa DAA seolah-olah mengurangkan jumlah orang yang mempunyai virus hepatitis C dalam darah mereka daripada 54.1% kepada orang yang tidak dirawat kepada 23.8% pada mereka yang dirawat. Disebabkan oleh kehilangan virus hepatitis C yang boleh dikesan dalam aliran darah adalah hanya ujian darah, kajian-kajian tersebut tidak dapat mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hasil ini dalam jangka panjang.

Kualiti bukti
Disebabkan oleh beberapa batasan (misalnya kekurangan pembutaan, kekurangan data yang berkaitan, data yang hilang, tiada protokol yang diterbitkan) penyelidik menilai kualiti bukti dalam ulasan ini sebagai kualiti yang sangat rendah atau rendah. Pertama, semua hasil kajian dan keputusan adalah berisiko tinggi, bermaksud bahawa keputusan penyelidik dianggap melebih-lebihkan kesan manfaat DAA dan meremehkan sebarang kesan yang berpotensi berbahaya. Kedua, terdapat data yang terhad pada kebanyakan hasil klinikal penyelidik, iaitu hanya terdapat data klinikal yang berkaitan untuk meta-analisis mengenai kematian semua punca dan kejadian yang serius, dan untuk ini, data adalah jarang. Tiada kajian jangka panjang yang menilai sama ada rawatan DAA meningkatkan morbiditi atau kematian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save