Emolien dan pelembap untuk ekzema

Soalan ulasan

Apakah keberkesanan emolien (bahan pelembap) dan pelembap untuk ekzema?

Latar belakang

Ekzema adalah penyakit kulit kronik, gejala utamanya ialah kulit kering dan gatal-gatal yang melampau. Kesan-kesan pada kulit termasuk kemerahan, berkuping, calar-calar, dan meleleh. Pelembap adalah asas kepada rawatan ekzema, tetapi terdapat ketidakpastian mengenai keberkesanan mereka dan sama ada sejenis pelembap adalah lebih baik kepada yang lain.

Ciri-ciri kajian

Kami mengkaji 77 kajian (sehingga Disember 2015), termasuk 6603 orang yang kebanyakannya mempunyai ekzema biasa hingga sederhana. Umur berbeza di antara empat bulan dan 84 tahun (min: 18.6 tahun). Terdapat lebih sedikit wanita berbanding lelaki. Kebanyakan kajian berlangsung antara dua hingga enam minggu, dengan terdapat beberapa yang berkekalan sehingga enam bulan .

Daripada 77 kajian, 46 dibiayai terutamanya oleh syarikat farmaseutikal.

Keputusan utama

Kebanyakan pelembap nampaknya berkesan. Hampir satu pertiga daripada kajian melaporkan bagaimana orang menilai ekzema mereka. Hanya 13 menilai kepuasan dengan pelembap. Kesan-kesan sampingan dilaporkan dalam 41 kajian, walaupun maklumat ini sering terhad (terutamanya pedih, rasa pedih, gatal, kemerahan). Kebanyakan kajian menilai keterukan ekzema yang dinilai oleh pakar perubatan(65 kajian). Hasil lain berkenaan termasuklah fungsi halangan kulit (29 kajian), suar pencegahan (16), kualiti hidup (10) dan penggunaan kortikosteroid (8).

Menurut pakar-pakar perubatan, pelembap mengurangkan ekzema teruk berbanding tanpa pelembap (tiga kajian), tetapi pengurangan itu terlalu kecil untuk dianggap cukup penting bagi pesakit. Terdapat sedikit suar (dua kajian) dan kurang kortikosteroid topikal diperlukan (dua kajian). Peserta menilai keterukan ekzema dan kepuasan tidak dinilai. Tiada perbezaan dalam bilangan kejadian buruk yang dilaporkan.

Peserta fikir Atopiclair (mengandungi asid glycyrrhetinic) adalah empat kali lebih berkesan dalam menambahbaik ekzema daripada kenderaan, iaitu pembawa (tiga kajian). Walau bagaimanapun, pakar-pakar perubatan tidak mendapati perbezaan yang dianggap cukup penting bagi pesakit. Atopiclair membawa kepada pengurangan gatal yang lebih banyak(empat kajian), kepuasan yang lebih kerap (dua kajian), dan lebih sedikit suar (tiga kajian). Kesan sampingan adalah sama dalam kedua-dua kumpulan.

Empat kajian mengkaji krim yang mengandungi urea. Peserta-peserta yang menggunakan urea melaporkan kulit bertambah baik lebih kerap daripada mereka yang menggunakan plasebo (satu kajian). Penilaian kepuasan adalah persamaan positif diantara kedua-dua kumpulan (satu kajian). Krim mengandungi urea menambah baikkan kekeringan lebih kerap (penilaian pakar perubatan) (satu kajian) dan mengakibatkan sedikit suar (satu kajian), tetapi lebih kesan buruk dilaporkan dalam kumpulan ini.

Tiga kajian mengkaji pelembab yang mengandungi gliserol berbanding dengan kenderaan atau plasebo. Lebih peserta dalam kumpulan gliserol yang dianggap kulit mereka bertambah baik (satu kajian), seperti yang dilakukan oleh pakar-pakar perubatan, tetapi ini tidak dianggap cukup penting untuk pesakit. Kepuasan peserta tidak diambil kira. Tiada perbezaan dalam bilangan kesan buruk yang dilaporkan.

Empat kajian menyiasat pelembap yang mengandungi oat berbanding tiada rawatan atau kenderaan. Tiada perbezaan didapati diantara kumpulan-kumpulan untuk penambahbaikan penilaian peserta (satu kajian), kepuasan (satu kajian), atau penambahbaikan dinilai oleh pakar perubatan (tiga kajian). Walau bagaimanapun, terdapat lebih sedikit suar yang dilaporkan dalam kumpulan oat (satu kajian) dan kurang penggunaan kortikosteroid yang diperlukan (dua kajian). Krim oat boleh menyebabkan lebih banyak kesan buruk.

Peserta menganggap pelembap berkesan lebih daripada dua kali ganda dalam menambahbaikkan ekzema berbanding dengan placebo, kenderaan, atau tiada pelembap (lima kajian) dan lebih berkesan pada gatal (tujuh kajian). Peserta dalam kedua-dua bahagian rawatan melaporkan kepuasan yang setanding (tiga kajian). Menurut pakar-pakar perubatan, pelembap mengurangkan tahap ekzema lebih daripada kawalan (12 kajian) dan menyebabkan sedikit suar (enam kajian). Tiada perbezaan dilaporkan dalam bilangan kesan buruk diantara kumpulan-kumpulan tersebut .

Kortikosteroid topikal lebih berkesan dalam menambahbaik ekzema apabila digunakan bersama-sama dengan pelembap, dan bukannya digunakan secara bersendirian, menurut pakar-pakar perubatan (tiga kajian) dan juga telah mengurangkan jumlah suar (satu kajian). Gabungan itu juga lebih disukai oleh peserta. Keterukan penyakit yang dinilai sendiri oleh peserta tidak diambil kira dalam perbandingan ini. Tiada perbezaan dilaporkan dalam bilangan kesan buruk.

Kualiti bukti

Terdapat keterangan kepastian yang tinggi untuk penilaian pakar perubatan bagi keterukan penyakit yang membandingkan krim yang mengandungi gliserol dengan kawalan dan 'semua pelembap yang berbandingkan kawalan. Bagi kebanyakan keputusan lain dalam pelbagai perbandingan, terdapat bukti kepastian yang rendah kepada sederhana. Sebab-sebab yang paling penting untuk mengurangkan kepastian bukti adalah risiko berat sebelah dalam kajian (contohnya tidak menyilaukan, atau kehilangan data) atau terlalu sedikit peserta yang membawa kepada keputusan yang kurang tepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan