Rawatan untuk pengurusan keradangan di segmen anterior yang berkait dengan CMV

Apakah matlamat ulasan ini?
Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui cara terbaik untuk merawat keradangan mata akibat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Para penulis ulasan Cochrane telah mencari kajian-kajian yang relevan (kajian rawak terkawal) tetapi tidak mendapati sebarang kajian yang boleh dimasukkan ke dalam ulasan.

Mesej utama
Tiada kajian rawak terkawal untuk rawatan keradangan mata yang berkait dengan CMV.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Cytomegalovirus (CMV) adalah virus yang menjejaskan bahagian depan mata. Jika jangkitan CMV tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak berbalik pada bahagian depan mata atau kerosakan saraf optik atau kedua-duanya. Kerosakan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Jika tidak dirawat, virus ini mempunyai kecenderungan untuk berulang, dan pengulangan berbilang boleh meningkatkan peluang untuk masalah mata. Rawatan untuk virus ini termasuk penggunaan ubat titis mata serta tablet dan suntikan. Namun demikian, ubat-ubatan sedia ada mempunyai kesan sampingan, oleh itu, mengetahui dos dan tempoh rawatan boleh membantu mengurangkan kesan sampingan, serta mengurangkan risiko episod baharu dan masalah lanjutan.

Apakah keputusan utama ulasan ini?
Para penulis ulasan Cochrane tidak mendapati sebarang kajian yang memenuhi kriteria kemasukkan untuk ulasan ini.

Bagaimana mengemaskini ulasan ini?
Para penulis ulasan Cochrane mencari kajian yang diterbitkan sehingga 21 Mac 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan