Asas komputer berbanding pengurusan stres perseorangan untuk golongan pekerja

Apakah matlamat ulasan ini?

Penyelidik ingin mengetahui sama ada program pengurusan tekanan di tempat kerja mempunyai kesan yang berlainan jika mereka disampaikan melalui komputer, berbanding dengan sekiranya disampaikan secara peribadi. Penyelidik telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini. Penyelidik mendapati dua kajian yang mengkaji kesan kaedah penyampaian terhadap pengurangan tekanan dalam pekerja.

Mesej utama

Kesan-kesan kaedah penyampaian terhadap pengurangan tekanan adalah tidak jelas. Lebih banyak penyelidikan harus dijalankan untuk membandingkan program pengurusan tekanan secara langsung yang setara melalui komputer dan secara peribadi. Sebarang kajian masa depan mungkin akan mempengaruhi kesimpulan ulasan ini.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Ramai majikan ingin mengurangkan tekanan dalam pekerja mereka dan sanggup melabur dalam program-program pengurusan tekanan. Ia telah ditunjukkan bahawa program pengurusan tekanan di tempat kerja dapat mengurangkan tekanan pada pekerja, sama ada apabila disampaikan oleh komputer atau peranti mudah alih, atau oleh orang yang hidup. Namun demikian, ia adalah tidak jelas jika kaedah penyampaian itu sendiri memberi impak cara program itu berkesan. Oleh itu, penyelidik menilai kesan kaedah penyampaian intervensi (komputer atau orang) untuk mengurangkan tekanan dalam pekerja.

Apakah keputusan ulasan ini?

Penyelidik mendapati terdapat dua kajian, melibatkan 159 pekerja, yang menilai tahap tekanan dalam pekerja selepas menyelesaikan program pengurusan tekanan pada komputer, berbanding dengan pekerja yang menerima kandungan program yang sama dari orang yang hidup. Kedua-dua kajian mengajar peserta, secara individu atau dalam kumpulan kecil, cara mengenali dan mengurangkan tekanan, tetapi mempunyai hasil yang saling bertentangan.

Bagaimanakah cara untuk mengemaskinikan ulasan ini?

Penyelidik telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga ke Februari 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save