Penggunaan antikoagulan heparin untuk mengurangkan risiko pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan dalam otak) dalam bayi pramatang

Soalan ulasan: Adakah heparin mengurangkan risiko pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan dalam otak) dan kadar kematian di kalangan bayi sangat pramatang?

Latar belakang: Heparin adalah satu ubat yang berperanan dalam pembekukan darah bersama-sama dengan faktor-faktor lain. Berdasarkan satu kajian pemerhatian pada bayi yang sangat pramatang, telah dicadangkan bahawa administrasi ubat-ubatan yang menghalang pembekuan (anticoagulants) seperti heparin mungkin mengurangkan risiko pendarahan intraventrikel dan perkembangan pendarahan intraventrikel, satu komplikasi yang kerap berlaku kepada bayi pramatang. Ulasan sistematik ini mengumpulkan bukti yang ada mengenai keberkesanan heparin dalam pencegahan pendarahan intraventrikel dalam bayi yang sangat pramatang.

Ciri-ciri kajian: Kami telah memasukkan dua kajian dengan sejumlah 155 bayi baru lahir yang sangat pramatang, membandingkan dos rendah heparin dengan cecair yang sama tanpa heparin.

Keputusan: Penggunaan heparin tidak mengurangkan risiko pendarahan dalam otak, kematian atau lain-lain hasil kajian yang berkaitan dengan bayi sangat pramatang apabila dibandingkan dengan plasebo.

Kesimpulan: Keputusan ulasan sistematik tidak memberikan jawapan muktamad kepada soalan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Lai Nai Ming,(School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan