Laser fotopembekuan bagi retinopati diabetes proliferatif

Soalan ulasan

Adakah laser fotopembekuan satu rawatan berkesan untuk retinopati diabetes?

Latar belakang

Retinopati diabetes (DR) adalah masalah yang biasa untuk orang dengan kencing manis dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan. Bahagian belakang mata (retina) boleh membangunkan masalah kerana kencing manis, termasuklah pertumbuhan salur darah baru yang berbahaya (DR proliferatif, disebut di sini sebagai 'PDR'). Laser fotopembekuan adalah rawatan yang biasa digunakan untuk DR di mana pakar mata menggunakan laser di belakang mata untuk menghentikan sebahagian daripada pertumbuhan yang membahayakan.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati terdapat lima kajian. Carian dilakukan pada April 2014. Tiga kajian dilakukan di Amerika Syarikat, satu kajian di UK dan satu kajian di Jepun. Seramai 4786 orang (9503 mata) telah dimasukkan ke dalam kajian-kajian ini. Kebanyakan peserta ini mempunyai PDR.

Hasil utama

Kami mendapati terdapat kehilangan visi sederhana pada 12 bulan adalah sama di mata yang dirawat dengan laser dengan mata yang tidak dirawat, tetapi penilaian yang dibuat kemudian menunjukkan bahawa mata yang dirawat dengan laser adalah kurang berkemungkinan untuk mengalami kehilangan penglihatan yang sederhana. Rawatan dengan laser mengurangkan risiko kehilangan penglihatan teruk dengan lebih daripada 50% pada bulan 12. Terdapat juga kesan yang sama atas proliferatif DR. Tiada satu pun kajian yamelaporkan hasil relevan pesakit seperti kesakitan atau kehilangan lesen memandu.

Kualiti bukti

Kami tidak dapat mencari banyak kajian dan yang kami dapati telah dilakukan agak lama dahulu ketika piawaian kelakuan ujian dan laporan masih rendah. Kita menilai kualiti bukti sebagai rendah, kecuali dengan keputusan bagi kehilangan penglihatan yang teruk, yang dinilai sebagai bukti kualiti sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information