Peranan preskripsi oleh profesional kesihatan selain daripada doktor

Apakah matlamat ulasan ini?

Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mengetahui jika preskripsi oleh profesional kesihatan selain daripada doktor memberikan hasil yang setanding daripada preskripsi oleh doktor. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati terdapat 46 kajian.

Mesej-mesej utama

Dengan sokongan dan latihan yang bersesuaian, jururawat dan ahli farmasi mampu mempreskripsi ubat-ubatan sebagai sebahagian daripada pengurusan beberapa jenis keadaan untuk mencapai hasil pengurusan kesihatan yang setanding dengan doktor. Kebanyakan kajian yang diteliti menumpukan kepada pengurusan penyakit kronik di negara berpendapatan yang lebih tinggi dimana secara umumnya bukti ( bertahap kepastian sederhana) menunjukkan hasil yang serupa untuk penanda bagi penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol yang tinggi. Kajian yang lanjut dan dan berkualiti tinggi amat diperlukan di negara-negara miskin dan untuk menentukan dengan lebih baik perbezaan dalam hasil mempreskripsikan untuk peristiwa yang buruk, dan untuk menentukan hasil ekonomi kesihatan. Kajian lanjutan dapat memberi tumpuan lebih khusus pada penjagaan komponen mempreskripsikan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Sebilangan negara membenarkan profesional kesihatan selain daripada doktor untuk mempreskripsikan ubat-ubatan. Perubahan dalam peranan ini adalah difikirkan untuk menyediakan akses yang lebih baik dan tepat pada masanya kepada ubat-ubatan bagi pengguna di mana terdapat kekurangan doktor atau sistem kesihatan yang menghadapi tekanan dalam menghadapi beban penyakit. Di samping itu, peralihan tugas ini telah disokong oleh beberapa kerajaan sebagai satu cara yang lebih sesuai untuk menggunakan kemahiran profesional kesihatan, seperti ahli farmasi, dan jururawat dalam penjagaan pesakit. Kami membandingkan hasil daripada sebarang pekerja penjagaan kesihatan yang telah mempreskripsikan dengan darjah autonomi yang tinggi dengan perubatan prescriber dalam suasana hospital atau komuniti di negara berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

Apakah keputusan utama ulasan?

Ulasan ini mendapati terdapat 45 kajian di mana jururawat dan ahli farmasi dengan tahap mempreskripsikan autonomi yang tinggi dibandingkan dengan pengeluar preskripsi perubatan penjagaan biasa. Satu kajian lanjut berbanding jururawat yang mempreskripsikan dengan garis panduan sokongan dengan penjagaan jururawat mempreskripsikan yang biasa. Tiada kajian ditemui dengan profesional kesihatan yang lain atau pengeluar preskripsi bukan profesional. Empat kajian preskripsi oleh jururawat dijalankan dalam keadaan pendapatan rendah dan sederhana dari Colombia, Afrika Selatan, Uganda, dan Thailand. Baki kajian dijalankan di negara Barat yang berpendapatan tinggi. Empat puluh dua kajian telah bertapak di komuniti, dua kajian terletak di hospital, satu kajian di tempat kerja, dan satu kajian di sebuah fasiliti penjagaan orang tua. Mengeluarkan preskripsi adalah satu bahagian daripada banyak intervensi kesihatan, khususnya dalam pengurusan penyakit kronik.

Ulasan mendapati bahawa hasil untuk pengeluar preskripsi bukan perubatan adalah setanding dengan pengeluar preskripsi perubatan untuk: tekanan darah tinggi (bukti kepastian sederhana); mengawal kencing manis (bukti kepastian tinggi); kolesterol tinggi (bukti kepastian sederhana); peristiwa buruk (bukti kepastian rendah); pesakit yang berpegang teguh kepada ubat-ubatan rejim mereka (bukti kepastian sederhana); kepuasan pesakit dengan penjagaan (bukti kepastian sederhana); dan kesihatan yang berkaitan dengan kualiti hidup (bukti kepastian sederhana).

Ahli farmasi dan jururawat dengan tahap yang berbeza-beza daripada sarjana muda, pascasiswazah, dan khusus latihan yang berkaitan dengan penyakit atau keadaan yang mampu memberi hasil setanding dengan hasil preskripsidoktor. Pengeluar preskripsi bukan perubatan sering mempunyai bantuan perubatan yang boleh didapati untuk memudahkan model amalan kolaboratif.

Adakah ulasan ini terkini?

Pengarang ulasan mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 19 Julai 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information