Kesan pengaturan tadbir urus sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah

Apakah matlamat gambaran keseluruhan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk memberikan ringkasan yang luas tentang apa yang diketahui mengenai kesan pengaturan tadbir urus yang berbeza untuk sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah.

Gambaran keseluruhan ini berdasarkan kepada 19 ulasan sistematik yang berkaitan. Ulasan sistematik ini mencari kajian-kajian yang menilai pelbagai jenis tadbir urus. Ulasan ini melibatkan sejumlah 172 kajian.

Gambaran keseluruhan ini adalah satu daripada empat siri gambaran keseluruhan Cochrane yang menilai susunan sistem kesihatan.

Keputusan utama

Apakah kesan cara yang berbeza untuk mengurus kuasa dan akauntabiliti untuk polisi kesihatan?

Tiga ulasan telah dimasukkan dan penemuan utama ialah:

- kerjasama antara agensi kesihatan tempatan dan agensi kerajaan tempatan yang lain boleh membawa kepada sedikit atau tiada perbezaan dalam kesihatan fizikal atau kualiti hidup (kepastian bukti yang rendah);

- meletakkan sekatan ke atas ubat-ubatan yang dibayar balik oleh sistem insurans kesihatan mungkin mengurangkan penggunaan dan perbelanjaan ubat-ubatan ini (kepastian bukti yang sederhana);

- Ia adalah tidak pasti jika intervensi pencegahan, pengesanan dan respon intervensi mengurangkan penipuan penjagaan kesihatan dan perbelanjaan yang berkaitan (kepastian bukti yang sangat rendah).

Apakah kesan cara yang berbeza untuk mengurus kuasa dan akauntabiliti untuk organisasi?

Dua ulasan dimasukkan dan penemuan utama adalah:

- Kontrak bukan kerajaan, penyedia bukan keuntungan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan boleh meningkatkan akses kepada dan menggunakan perkhidmatan ini, meningkatkan hasil kesihatan rakyat dan mengurangkan perbelanjaan isi rumah terhadap kesihatan (kepastian bukti yang rendah). Tiada bukti yang boleh didapati sama ada kontrak keluar adalah lebih berkesan daripada menggunakan dana ini di sektor kerajaan.

Apakah kesan cara yang berbeza untuk mengurus kuasa dan akauntabiliti untuk produk komersial seperti ubat dan teknologi?

Tiga ulasan telah dimasukkan dan penemuan utama ialah:

- sistem di mana Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memperakui pengeluar ubat (prakualifikasi) dan pendaftaran ubat (di mana pihak berkuasa pengawalseliaan menilai pengeluar ubat untuk memastikan mereka memenuhi piawaian antarabangsa) boleh menurunkan kadar ubat-ubatan yang kurang bermutu atau palsu (kepastian bukti yang rendah);

- menubuhkan pembayaran balik maksimum untuk farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan yang serupa yang dilindungi oleh insurans boleh meningkatkan penggunaan ubat-ubatan generik dan boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan jenama (kepastian bukti yang rendah), tetapi tidak pasti sama ada pendekatan ini mempengaruhi jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ubat (kepastian bukti yang sangat rendah);

- Pengiklanan langsung kepada pengguna meningkatkan permintaan untuk ubat-ubatan dan bilangan preskripsi yang diberikan (kepastian bukti yang tinggi).

Apakah kesan cara yang berbeza untuk menguruskan kuasa dan akauntabiliti untuk penyedia penjagaan kesihatan?

Tujuh ulasan dimasukkan dan penemuan utama adalah:

- program latihan untuk pengurus sistem kesihatan daerah boleh meningkatkan pengetahuan mereka tentang proses perancangan dan kemahiran pemantauan dan penilaian mereka (kepastian bukti yang rendah);

- Mengurangkan sekatan imigresen di negara berpendapatan tinggi mungkin meningkatkan penghijrahan jururawat dari pendapatan rendah dan sederhana ke negara-negara ini (kepastian bukti yang sederhana);

- Ia adalah tidak pasti sama ada pemeriksaan oleh badan luar organisasi penjagaan kesihatan yang mematuhi piawaian kualiti meningkatkan kepatuhan, kualiti penjagaan atau kadar jangkitan kesihatan yang diperolehi di hospital (kepastian bukti yang sangat rendah).

Apakah kesan cara yang berbeza untuk menguruskan penyertaan pihak berkepentingan dalam mengurus perkhidmatan kesihatan?

Empat ulasan telah dimasukkan dan penemuan-penemuan utama adalah:

- kumpulan pembelajaran dan tindakan partisipatif bagi wanita mungkin meningkatkan kelangsungan hidup bayi baru (kepastian bukti yang sederhana) dan boleh meningkatkan kelangsungan hidup ibu (kepastian bukti yang rendah);

- mendedahkan data prestasi terhadap kualiti skim insurans kesihatan kepada orang ramai boleh menyebabkan orang ramai memilih pelan kesihatan yang mempunyai penilaian kualiti yang lebih baik atau untuk mengelakkan penarafan yang lebih teruk dan boleh membawa sedikit peningkatan dalam hasil klinikal untuk skim insurans kesihatan (kepastian bukti yang rendah) ;

- mendedahkan data prestasi terhadap kualiti hospital kepada orang awam mungkin membawa sedikit atau tiada perbezaan dalam pemilihan hospital orang (kepastian bukti yang rendah), mungkin menggalakkan hospital untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan berkualiti (kepastian bukti yang sederhana) dan boleh menyebabkan sedikit penambahbaikan hasil klinikal hospital (kepastian bukti yang rendah);

- mendedahkan prestasi pada penyedia penjagaan kesihatan individu kepada orang awam mungkin membawa orang untuk memilih pembekal yang mempunyai penilaian kualiti yang lebih baik (kepastian bukti yang sederhana).

Tiada kajian menilai kesan penyertaan pihak berkepentingan dalam dasar dan keputusan organisasi.

Adakah gambaran keseluruhan ini terkini?

Pengarang gambaran keseluruhan telah mencari ulasan sistematik yang telah diterbitkan sehingga 17 Disember 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan