Saiz bahagian, bungkusan atau barangan hidangan untuk mengubah pemilihan dan pengambilan makanan, alkohol dan tembakau

Soalan kajian

Kami telah mengkaji bukti bagi menentukan sebanyak mana jumlah makanan, alkohol atau tembakau dipilih atau diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak berubah sebagai tindak balas kepada pemberian yang lebih besar atau kecil (atau berbeza bentuk) bahagian atau pakej barangan-barangan tersebut, atau barangan hidangan (seperti pinggan atau gelas) yang digunakan untuk mengambil bahan tersebut.

Ciri-ciri kajian

Ulasan kajian ini merangkumi 72 kajian rawak terkawal (RCTs) yang diterbitkan sehingga Julai 2013 yang membandingkan sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta, masing-masing diwakili dengan saiz yang berbeza daripada segi bahagian, pakej atau barang-barang hidangan. Kajian-kajian terlibat mengukur jumlah makanan, alkohol atau tembakau yang dipilih dan / atau digunakan oleh para peserta, biasanya dalam tempoh satu hari atau kurang. Hampir semua kajian melibatkan makanan, hanya tiga kajian adalah tembakau dan tidak terdapat kajian mengenai alkohol. Hampir semua peserta yang di periksa memberi tindak balas kepada saiz yang berbeza berbanding daripada bentuk yang berbeza. Purata umur peserta dalam kajian-kajian yang berlainan adalah di antara tiga hingga 55 tahun, dengan lebih banyak kajian yang melibatkan orang dewasa berbanding kanak-kanak dan paling banyak dijalankan di Amerika Syarikat. Sumber-sumber kewangan telah dilaporkan bagi kebanyakan kajian dan tiada bukti pembiayaan kajian oleh agensi-agensi yang mempunyai kepentingan komersial dalam keputusan kajian mereka.

Penemuan utama dan kualiti bukti

Kesan-kesan saiz hidangan pada pemakanan: Kami menemui bukti bahawa seseorang cenderung untuk makan lebih makanan atau minum lebih minuman bukan alkohol apabila ditawarkan bahagian, pakej atau barang-barang hidangan bersaiz besar daripada sekiranya ditawarkan versi yang bersaiz kecil. Kami menganggarkan kesan saiz hidangan adalah kecil kepada sederhana dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Jika kesan sebesar ini berkekalan pada keseluruhan diet ianya akan bersamaan dengan kira-kira 12% kepada 16% perubahan dalam purata pengambilan tenaga harian makanan di kalangan orang dewasa di UK. Kami telah menilai bukti kualiti keseluruhan untuk kesan ini sebagai sederhana, disebabkan kebimbangan mengenai batasan kajian yang timbul daripada laporan yang tidak lengkap atau tidak jelas kaedah dan prosedur. Dalam tiga kajian tembakau, kami mendapati tiada perbezaan bagi kesan rokok saiz panjang berbanding rokok saiz lebih pendek terhadap jumlah tembakau yang dihisap. Kami telah menilai bukti kualiti keseluruhan untuk kesan ini sebagai rendah kerana mengambil kira batasan-batasan kajian dan tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Kesan-kesan bentuk hidangan pada pemakanan: Satu kajian mendapati bahawa orang dewasa yang dihidangkankan dengan botol-botol yang lebih pendek, lebih luas, minum pada jumlah air yang lebih banyak daripada kebiasaan mereka, dengan air ini dituang kepada mereka terlebih dahulu, berbanding dengan mereka yang dihidangkan dengan botol-botol yang lebih tinggi, lebih sempit. Walau bagaimanapun, kami menilai bukti kualiti ini sebagai sangat rendah, disebabkan oleh batasan-batasan kajian yang serius dan tidak mempunyai bukti yang mencukupi (hanya satu kajian dengan data ukuran hasil kajian daripada 50 peserta).

Kesan-kesan saiz hidangan pada pemilihan makanan: Kami seterusnya mendapati bahawa orang dewasa, tetapi tidak kanak-kanak, cenderung memilih lebih banyak makanan (termasuk minuman tanpa alkohol) apabila ditawarkan bahagian, pakej-pakej atau barang-barang hidangan yang bersaiz besar daripada ditawarkan versi bersaiz kecil. Anggaran kepada kesan ini sekali lagi pada kecil kepada sederhana. Kami telah menilai bukti kualiti keseluruhan untuk kesan ini sebagai sederhana, disebabkan mengambil kira tentang batasan-batasan kajian.

Kesan-kesan bentuk hidangan pada pemilihan: Bukti daripada tiga kajian mencadangkan bahawa orang dewasa dan kanak-kanak yang diberi botol atau gelas yang lebih rendah, lebih luas telah memilih peningkatan kuantiti minuman bukan alkohol bagi hidangan berikutnya, berbanding dengan mereka disediakan dengan botol atau gelas yang lebih tinggi, lebih sempit. Kami diberi nilai bukti kualiti ini sebagai rendah, sekali lagi kerana mengambil kira batasan-batasan kajian dan variasi yang tidak dapat dijelaskan dalam kesan antara ketiga-tiga kajian.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, kajian ini memberikan bukti yang paling kukuh pada masa ini bahawa mengurangkan saiz, penyediaan dan tarikan pada bahagian, pakej-pakej atau barang-barang dalam saiz yang lebih besar mempunyai potensi untuk mengurangkan kuantiti makanan yang orang pilih dan makan pada jumlah yang bermakna. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mengurangkan bahagian-bahagian pada hujung kecil pada julat saiz adalah efektif dalam mengurangkan pengambilan makanan sama seperti pengurangan pada bahagian hujung besar pada julat saiz. Penemuan kami menekankan keperluan penyelidikan selanjutnya yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian mengenai kesan-kesan ini dan mengenalpasti jurang yang dikenal pasti dalam bukti asas, termasuklah tidak mempunyai bukti yang cukup untuk kesan jangka panjang dan tiadanya bukti tentang produk-produk beralkohol.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information