Intervensi mengelakkan penderaan warga tua


Soalan ulasan
Matlamat kami adalah untuk mengenalpasti jika program atau strategi khusus adalah berguna untuk mengelakkan atau mengurangkan penderaan terhadap warga tua (60 tahun dan lebih). Kami meninjau untuk memasukkan kajian yang menerangkan kesan program atau strategi sama ada bertujuan terhadap warga tua itu sendiri atau penjaga (seperti penjaga atau staf rumah orang tua) yang mereka berinteraksi.

Latar belakang

Penderaan warga tua - fizikal, psikologi, penderaan seksual, pengabaian dan/atau eksplotasi kewangan - ini adalah kebiasaan tetapi jarang dilaporkan. Penderaan warga tua boleh berlaku sekali atau berulangkali, atau mungkin kurangnya tindakan yang bersesuaian. Penderaan warga tua berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan di mana adanya aspek jangkaan kepercayaan, tetapi malangnya merbahaya atau mengudang ketidak selesaan terhadap warga tua. Penderaan ini selalunya datang daripada seseorang yang mereka kenal rapat atau mempunyai hubungan seperti suami/isteri, pasangan, ahli keluarga, atau kawan. Perbuatan ini boleh juga disebabkan oleh penyedia perkhidmatan di institusi dan juga pusat jagaan kesihatan. Penderaan ini sangat mungkin terjadi apabila staf tidak mendapat latihan yang mencukupi dan juga pengawasan, atau kurang sumber untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Ini adalah masalah global yang melibatkan jutaan warga tua hasil dari kos ekonomi yang besar terhadap individu dan juga sistem penjagaan kesihatan. Penderaan boleh menjurus kepada merosotnya kesihatan, kecederaan dan juga kematian pra-matang.

Tarikh Carian

Semua carian di pangkalan data dijalankan sehingga Ogos 2015. Tambahan pencarian daripada pangkalan data utama dijalankan antara 30 Ogos 2015 dan 16 Mac 2016.

Ciri-ciri kajian
Kami menemui tujuh kajian dari carian kami yang melibatkan 19 pangkalan data. Semua sekali, kajian melibatkan 1924 peserta warga tua dan 740 orang (seperti penjaga atau staf pusat jagaan warga tua) yang mereka berinteraksi. Kajian ini menerangkan kaedah untuk menghalang atau mengurangkan penderaan dalam kalangan warga tua. Kajian ini melibatkan program dan strategi yang mengambil tempat di pelbagai lokasi (rumah, komuniti, institusi) walaupun hanya dalam negara berpendapatan tinggi. Program dan strategi-strategi yang dikenal pasti melibatkan kaedah untuk meningkatkan pengesanan dalam amalan klinikal dan komuniti, sokongan terhadap mangsa, mempertingkatkan kesedaran tentang penderaan warga tua dan melaksanakan program latihan yang menfokuskan pembinaan kemahiran dalam pengamal penjagaan. Kebanyakan kajian menjelaskan perubahan dalam ilmu pengetahuan dan sikap, dengan sangat sedikit kajian yang mengukur kejadian penderaan atau kejadian penderaan berulang. Tempoh kajian berkisar dari enam hingga 24 bulan.

Keputusan-keputusan utama

Kajian yang dimasukkan mencadangkan bahawa adalah tidak pasti samada intervensi pendidikan bersasar meningkatkan pengetahuan dalam pengamal kesihatan bersekutu dan penjaga tentang penderaan warga tua. Adalah tidak jelas sama ada meningkatkan pengetahuan benar-benar menggalakkan perubahan sikap mereka bersikap selepas itu, dan sama ada ini mengakibatkan kurangnya penderaan dalam kalangan warga tua. Begitu juga, sokongan dan pendidikan warga tua mangsa penderaan dilihat lebih menggalakkan laporan penderaan, namun adalah tidak jelas jika lebih banyak laporan dibuat bermaksud lebih banyak penderaan telah berlaku atau kesanggupan untuk melaporkan penderaan yang telah berlaku.

Tiada kajian melaporkan hasil yang tidak diingini untuk pendekatan-pendekatan ini.

Kualiti bukti
Kebanyakan bukti mempunyai kualiti rendah ke sangat rendah (kami tidak boleh menganggap penemuan kajian ini adalah benar) dan pemahaman adalah terhad terhadap strategi dan program yang paling baik untuk mengurangkan atau mengelakkan penderaan warga tua. Kebanyakan kajian adalah tidak jelas dari segi reka bentuk, terlalu kecil dari segi saiz atau tidak ada cukup persamaan dalam dapatan kajian untuk mendapatkan sepenuh keyakinan terhadap hasil kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Asmidar Alias (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information