Beta2-agonis intravena dan aminophylline intravena untuk asma akut

Ubat beta2-agonis dan aminophylline digunakan untuk rawatan asma dan bertindak membuka saluran pernafasan bagi membantu orang bernafas dengan lebih mudah. Kedua-dua ubat boleh diberikan secara intravena (IV) (terus melalui vena). Soalan yang diambil kira oleh ulasan ini adalah sama ada terdapat perbezaan penting di antara ubat-ubat ini untuk pesakit-pesakit asma akut. Ulasan ini menilai kesemua kajian rawak terkawal yang membandingkan IV beta2-agonis dengan aminophylline.

Kami menemui 11 kajian yang melibatkan 350 pesakit (157 kanak-kanak dan 193 dewasa) dengan asma akut. Tiada bukti konsisten yang cenderung kepada sama ada IV beta2-agonis atau IV aminophylline didapati daripada kajian rawak ke atas pesakit dengan asma akut. Adalah dicadangkan agar keputusan ini dilihat dengan teliti bersama kesimpulan dari ulasan Cochrane yang berasingan yang membandingkan IV beta2-agonis bercampur sedutan beta2-agonis berbanding sedutan beta2-agonis sahaja dan IV aminophylline dicampur sedutan beta2-agonis berbanding sedutan beta2-agonis sahaja.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save