Rawatan antikoagulasi untuk embolisasi paru-paru subsegmen

Latarbelakang

Embolisasi paru-paru (PE) akut adalah punca yang biasa untuk kematian, merangkumi 50,000 hingga 200,000 kematian setiap tahun. Ia adalah punca kematian ketiga paling kerap dalam kalangan penyakit kardiovaskular, selepas penyakit saluran darah koronari dan strok. Kemajuan dalam pengesan-pelbagai angiografi paru-paru tomografi berkomputer (CTPA) membolehkan ujian PE berkenaan visualisasi saluran arteri bahgian tepi, jesteru meningkatkan kadar diagnosanya. Lebih banyak kes-kes PE tepi, seperti PE subsegmen terasing (SSPE) dan PE kebetulan, telah dapat dikenalpasti. Kedua-dua keadaan ini biasanya dijumpai dalam pesakit yang mempunyai sedikit atau tiada langsung tanda-tanda klasik seperti batuk (termasuk batuk berdarah), sakit dada atau atas belakang, sesak nafas yang akut, atau kegagalan spesifik atau umum aliran darah yang samada berpunca dari jantung atau bahagian tepi. Walau bagaimanapun, dalam pesakit yang mempunyai kegagalan jantung dan keadaan paru-paru simptom klasik PE boleh dijumpai dalam SSPE terasing. SSPE kebetulan dijumpai secara kasual dalam pesakit-pesakit yang tidak mempunyai simptom, biasanya melalui imbasan diagnosa yang dijalankan untuk tujuan-tujuan lain (contohnya tomografi berkomputer (CT) rutin untuk pengelasan kanser dalam pesakit-pesakit onkologi). Pesakit-pesakit dengan SSPE terasing atau PE kebetulan mungkin mempunyai tanda klinikal yang tidak teruk berbanding dengan mereka dengan PEs pangkal. Walau bagaimanapun, signifikasi klinikal dan prognosis pesakit-pesakit ini perlu dikaji samada untuk menilai samada terapi antikoagulasi diperlukan.

Soalan ulasan

Apakah keberkesanan dan keselamatan terpai antikoagulasi berbanding tiada intervensi dalam pesakit dengan embolisasi paru-paru subsegmen (SSPE) atau SSPE kebetulan.

Ciri-ciri kajian

Tidak terdapat kajian-kajian yang menepati kriteria penglibatan dalam ulasan ini.

Keputusan-keputusan utama

Tidak terdapat kajian rawak terkawal (terkini sehingga Disember 2015) bagi keberkesanan dan keselamatan terapi antikogulasi berbanding tiada intervensi dalam pesakit-pesakit embolisasi paru-paru subsegmen (SSPE) atau SSPE kebetulan dan, oleh yang demikian, kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan. Kajian yang dijalankan dengan baik diperlukan sebelum keputusan-keputusan amalan yang lebih terbukti dapat dibuat.

Kualiti bukti

Ulasan kualiti kaedah adalah mustahil dalam ketiadaan kajian-kajian yang bersesuaian untuk dilibatkan dalam ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzamani (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hairulnizam@usm.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan