Cara-cara untuk mengekalkan cukup tulang rahang bagi membolehkan perletakan implan pergigian selepas gigi dicabut.

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan menilai keberkesanan pelbagai bahan dan teknik untuk mengekalkan cukup tulang dalam rahang (pemuliharaan batas alveolar) selepas gigi dikeluarkan (cabutan gigi).Teknik-teknik ini dibandingkan dengan hanya mencabut gigi atau kaedah lain untuk memulihara tulang, atau kedua-duanya dalam kalangan pesakit yang memerlukan implan pergigian selepas soket gigi sembuh.

Latarbelakang

Apabila gigi dicabut, tulang di sekeliling soket gigi akan mengecut.Gigi tiruan boleh diguna untuk mengganti gigi yang hilang akibat cabutan.Namun, kehilangan kelebaran dan kedalaman tulang selepas cabutan boleh mempengaruhi kejayaan implan.Hal ini lazim dalam kes di mana gigi tiruan (korona atau jambatan) perlu diganti dengan implan yang ditanam dalam tulang rahang di posisi gigi asal.Jika tulang telah mengecut dengan banyak selepas kehilangan gigi, ini akan menyukarkan perletakan implan pergigian di dalam rahang.Ini akan diikuti oleh pengecutan gusi.

Prosedur yang dikenali sebagai pemuliharaan soket (ARP) mungkin boleh mengawal pengecutan tulang selepas kehilangan gigi walaupun perlu lebih bukti untuk mengetahui keberkesanannya.Pelbagai teknik dan bahan gantian tulang boleh diguna untuk memenuhi soket selepas cabutan gigi.Soket kemudiannya boleh ditutup dengan gusi atau membran tiruan dan dibiarkan untuk sembuh selama beberapa bulan. Ia bertujuan untuk tulang soket lama mengekalkan bentuk dan saiz bagi membolehkan implan ditanam bagi menyokong korona atau jambatan agar penampilan pesakit ditingkatkan dan mereka boleh makan, bertutur dan bersosial dengan yakin. JUga diharapkan kadar kegagalan implan pergigian dapat diperbaiki.

Ciri kajian

Penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan ini dan bukti adalah terkini sehingga 22 Julai 2014. Lapan kajian telah dimasukkan dengan jumlah 233 tapak cabutan (gigi dikeluarkan) dalam 184 peserta. Peserta adalah orang dewasa berumur 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, memerlukan satu atau lebih cabutan gigi kekal dan dipertimbang untuk TPBA (Teknik Pemuliharaan Batas Alveolar) dengan kemungkinan perletakan implan pergigian kemudian nanti.

Ulasan ini melihat kesan empat teknik dan bahan yang diguna untuk memulihara soket cabutan gigi.

Tiga kajian membandingkan pemuliharaan soket dengan cabutan gigi sahaja sementara lima kajian membandingkan dua atau lebih bahan-bahan.

Keputusan utama

Terdapat bukti terhad tentang pemuliharaan soket (PBA) dapat mengurangan kehilangan tulang berbanding dengan cabutan gigi sahaja bagi membolehkan perletakan implan pergigian.

Tiada bukti pemuliharaan soket menunjukkan perbezaan ketara kepada paras rupa atau kualiti korona atau jambatan.

Tiada bukti yang meyakinkan sebarang perbezaan yang signifikan di antara bahan yang berlainan dan halangan yang diguna untuk memuiihara soket.

Kualiti bukti

Kualiti bukti dianggap rendah kerana risiko bias yang tinggi dalam kebanyakan kajian yang dimasukkan. Beberapa bukti bias dalam melaporkan adalah disyaki kerana hanya dua kajian tidak mendapati pembiayaan industri. Lebih banyak kajian jangka panjang rawak terkawal yang mematuhi garispanduan CONSORT (www.consort-statement.org) diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Mrelaka-Manipal). Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save