Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS) untuk gout akut

Apakah yang dimaksudkan dengan serangan gout akut dan apakah NSAIDs?

Gout terhasil daripada pemendapan hablur monosodium urate dalam dan sekitar sendi dan biasanya muncul sebagai episod artritis akut yang terhad sendiri.

NSAIDs (ubat anti-radang bukan steroid) adalah ubat yang mengurangkan kesakitan dan keradangan, tetapi boleh meningkatkan risiko ulser gastrousus dan pendarahan. 'COX-2 selective inhibitors' (COXIBs) adalah subkumpulan bagi NSAIDs yang membawa kejadian ulser perut yang kurang.

Ciri-ciri kajian

Ini ialah kemas kini Ulasan Cochrane yang pertama kali diterbitkan pada 2014 dan dikemas kini pada 28 Ogos 2020, yang mendedahkan 28 percubaan (3406 peserta). Kebanyakan peserta adalah lelaki (69% hingga 100%) berumur 44 hingga 66 tahun, dengan gout akut yang berlangsung kurang daripada 48 jam.

Satu ujian (30 peserta) memandingkan plasebo (rawatan palsu) dengan NSAID, 13 ujian (518 peserta) memandingkan NSAIDs dengan NSAIDs lain, empat ujian (6 peserta) memandingkan NSAIDs dengan COXIBs, dua ujian (1244 peserta) memandingkan glukokortikoid oral dengan NSAID, satu ujian memandingkan 'interleukin-5 inhibitors' dengan NSAID dan satu ujian memandingkan akupunktur serta penyinaran inframerah dengan NSAIDs. Kami membentangkan hasil utama untuk perbandingan utama, NSAID berbanding plasebo, seperti berikut.

Keputusan utama

NSAID berbanding plasebo

Pengurangan kesakitan dengan lebih daripada 50% selepas 24 jam:

47 lagi orang daripada 100 yang mengambil NSAID melaporkan lebih daripada 50% peningkatan dalam kesakitan berbanding mereka yang diberi plasebo

-73 daripada 100 orang yang mengambil NSAIDs melaporkan peningkatan lebih daripada 50%

-26 daripada 100 orang yang mengambil plasebo melaporkan peningkatan lebih daripada 50%.

Peningkatan bengkak lebih daripada 50% selepas 24 jam

6 lagi orang daripada 100 yang mengambil NSAID mempunyai lebih daripada 50% peningkatan dalam bengkak berbanding mereka yang diberi plasebo

- 86 orang daripada 100 yang mengambil NSAID melaporkan lebih daripada 50% peningkatan dalam bengkak

-80 daripada 100 orang yang mengambil plasebo melaporkan peningkatan lebih daripada 50%

Peningkatan fungsi pada 24 jam

20 lagi orang daripada 100 yang mengambil NSAID mengalami peningkatan dalam fungsi berbanding mereka yang diberi plasebo

- 27 orang daripada 100 yang mengambil NSAID melaporkan peningkatan dalam fungsi

- 7 orang daripada 100 yang mengambil plasebo melaporkan peningkatan dalam fungsi

Kesan sampingan

Kurang 10 orang daripada 100 yang mengambil NSAID melaporkan kesan sampingan berbanding mereka yang diberi plasebo

-3 daripada 100 orang yang mengambil NSAIDs mengalami kesan-kesan sampingan

-13 daripada 100 orang yang mengambil plasebo mengalami kesan-kesan sampingan.

Tiada peserta yang menarik diri disebabkan kesan sampingan.

Kualiti bukti

Bukti kepastian rendah daripada 1 kajian menunjukkan bahawa NSAID boleh meningkatkan kesakitan selepas 24 jam berbanding plasebo.

Bukti kepastian sederhana menunjukkan bahawa NSAID mungkin sama dengan COXIB dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan tetapi dengan lebih banyak kesan sampingan, dan NSAID mungkin sama bermanfaatnya dengan glukokortikoid berkaitan dengan kesakitan tetapi mungkin kurang berfaedah berkaitan dengan bengkak, dengan lebih banyak kesan sampingan. Hanya bukti kepastian rendah daripada kajian tunggal tersedia untuk perbandingan NSAID berbanding rilonacept dan NSAID berbanding akupunktur, atau satu NSAID berbanding NSAID lain, yang termasuk NSAID tidak lagi digunakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information