Adakah suntikan anestetik setempat dalam kanak-kanak dan remaja yang menjalani rawatan pergigian dengan anestesia umum mengurangkan sakit selepas rawatan?

Soalan ulasan

Adakah suntikan anestetik setempat yang diberi semasa kanak-kanak dan remaja (umur 17 tahun ke bawah) mendapat rawatan dengan anestesia umum mengurangan sakit yang dirasai selepas rawatan?

Latarbelakang

Rawatan pergigian adalah sukar untuk kanak-kanak dan remaja jika hanya menggunakan suntikan anestetik setempat (LA). Hal ini terjadi kerana mereka terlalu takut atau memerlukan banyak rawatan pada satu masa. Misalnya mereka memerlukan pembuangan beberapa batang gigi pada satu masa. Dalam keadaan sedemikian, pengamal pergigian sering menggunakan anestesia umum (GA) dan menjalankan rawatan tersebut di hospital.Di England, terdapat 30,000 kemasukan hospital setahun bagi kanak-kanak yang memerlukan cabutan gigi dengan anestesia umum.

Masalah lazim yang sering timbul selepas rawatan adalah sakit, dan ini satu pengalaman yang akan membawa kesan-kesan buruk dari segi emosi dan fizikal. Pengalaman ini menyukarkan rawatan lanjutan oleh pengamal pergigian, dan ia boleh menyebabkan kanak-kanak atau remaja mengelak rawatan pergigian.Pemberian anestetik setempat semasa rawatan pergigian dengan anestesia umum dijangka akan menghasilkan rasa kebas, oleh itu tiada rasa sakit untuk beberapa jam, dan seterusnya ubat penahan sakit boleh diambil untuk mengawal sakit.Namun, adalah tidak jelas apakah faedah penggunaan anestetik setempat cara ini.Beberapa kesan sampingan yang tidak diingini seperti ketidakselesaan, air liur meleleh dan tergigit bibir telah dilaporkan.Juga dengan penggunaan ubat penahan sakit, kesan anestesia stetempat adalah tidak jelas.Adalah penting untuk menjelaskan dos terbaik dan jenis suntikan untuk digunakan bagi mencapai manfaat maksimum.

Ciri kajian

Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane membuat ulasan ini berdasarkan bukti terkini sehingga 2 Januari 2014. Kami memasukkan 14 kajian yang berlangsung dari tahun1990 hingga 2009 di UK, Mesir, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.Ia melibatkan 1152 peserta berumur 2 hingga 40 tahun.

Keputusan utama

Walaupun, kesemua 14 kajian menepati soalan penyelidikan kami, namun kajian-kajian tersebut berbeda cara intervensi dibuat dan apa yang diukur. Ini tidak membolehkan penggabungan data untuk analisis.Keputusan kajian individu tentang sakit, perdarahan dan kesab sampingan lain adalah tidak pasti. Penggunaan tambahan pelbagai ubat penahan sakit mungkin telah menyembunyikan kesan anestetik setempat.

Kajian lanjutan berkualiti tinggi diperlukan untuk menilai manfaat atau kemudaratan anestetik setempat yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja semasa mereka menerima rawatan pergigian dengan anestesia umum. Isu-isu yang perlu dijelaskan termasuklah kesan sampingan setempat (seperti air liur meleleh dan tergigit bibir), kesan sampingan kepada bahagian lain tubuh badan (seperti jantung), kepuasan peserta dan ibubapa, dos, jenis anestetik dan kesan ubat penahan sakit (seperti parasetamol)

Kualiti bukti

Kualiti 14 kajian yang dimasukkan adalah berbeda.Kami menilaikan tiga kajian sebagai berisiko bias tinggi, tujuh berisiko bias tidak jelas dan empat berisiko bias rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming ( School of Medicine,Taylor's University Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save