Adakah kempen media mencegah orang muda menggunakan dadah haram?

Kempen media untuk mencegah penggunaan dadah haram adalah intervensi yang meluas. Kami mengulas 23 kajian pelbagai reka bentuk yang melibatkan 188,934 orang muda dan dijalankan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Kajian-kajian tersebut menguji pelbagai intervensi dan menggunakan beberapa soal selidik untuk menemuramah orang muda tentang kesan mengambil bahagian dalam kajian yang dibawa kepada mereka. Akhirnya adalah sukar untuk mencapai kesimpulan dan dengan alasan ini kami menekankan keperluan kajian-kajian lanjutan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save