Corak penyusuan susu ibu, mengikut bayi atau mengikut masa

Apakah isunya?

Corak penyusuan susu ibu boleh berbeza dengan ketara. Dua pendekatan yang sangat berbeza sering digunakan untuk menentukan masa bayi akan menyusu dan untuk berapa lama. Satu pendekatan adalah berasaskan permintaan bayi, dan dikenali sebagai berasaskan bayi , penyusuan tanpa had atau atas permintaan. Pendekatan lain adalah berasaskan masa, dan dikenali seperti yang dijadualkan, masanya atau penyusuan bayi terhad.

Dari awal abad ke-20 ramai wanita didalam persekitaran kesihatan dinasihatkan untuk menyusukan bayi mengikut masa; pengaturan masa dan menghadkan kedua-dua kekerapan dan tempoh penyusuan. Nasihat ini adalah berdasarkan kepada corak penyusuan botol. Amalan ini berubah apabila penyusuan berasaskan-bayi atau atas permintaan telah dicadangkan. Dengan penyusuan berasaskan bayi, jumlah susu yang dihasilkan ini bergantung kepada permintaan bayi. Bayi itu kemudiannya mengawal bekalan susu, memastikan susu yang cukup dihasilkan untuk memenuhi keperluan masing-masing. Dengan pendekatan ini, hubungan yang rapat antara ibu dan bayinya adalah digalakkan tanpa meletakkan had pada masa mereka bersama-sama. Walau bagaimanapun, ibu mungkin tidak dapat menyusukan bayinya pada permintaan kerana, sebagai contoh, yang dipisahkan daripada bayi beliau untuk sebarang sebab, dan terdapat ketidakpastian di pihak ibu bila bayinya tidak berkehendak pada penyusuan badan.

Mengapakah ini penting?

Ibu memerlukan maklumat mengenai kekerapan dan tempoh penyusuan badan tetapi mereka menerima nasihat yang bercanggah. Garis panduan semasa menggalakkan penyusuan berasaskan bayi. Adalah penting untuk mengkaji bukti secara sistematik untuk memaklumkan keputusan wanita keatas keberkesanan relatif bagi setiap kaedah.

Kajian ini juga penting kerana penyusuan berasaskan bayi tidak selalu diikuti, kerana ramai wanita dan penjaga kelihatan lebih selesa dengan pemyusuan berkala berbanding penyusuan berasaskan bayi.

Apakah bukti yang kami dapati?

Kami mencari bukti pada 23 Februari 2016 dan dikenal pasti tiada kajian baru untuk dimasukkan ke dalam kemas kini ulasan ini.

Apakah maksud ini?

Kami mencari kajian yang membandingkan penyusuan berasaskan bayi dengan yenyusuan berkalal (atau bercampur) untuk penyusuan berjaya bagi bayi sihat yang baru lahir . Tidak ada kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk sorotan ini. Adalah disyorkan bahawa tiada perubahan dibuat kepada garis panduan amalan semasa tanpa menjalankan penyelidikan yang mantap, untuk memasukkan banyak pola penyusuan dan tidak terhad kepada penyusuan berasaskan bayi dan berkala. Penyelidikan penerokaan masa depan mengenai penyusuan berasaskan bayi juga diperlukan yang mengambil kira perspektif ibu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my..

Tools
Information
Share/Save