Asid lemak Omega-3 untuk rawatan dementia

Latar belakang

Asid lemak Omega-3 poli tak tepu (omega-3 PUFA) dianggap mempunyai kesan yang baik terhadap fungsi otak. Ia telah dicadangkan bahawa mereka membaiki atau melambatkan kemerosotan dalam memori dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian pada orang dengan dementia. Dalam ulasan ini, kami menyiasat ujian terkawal rawak (kajian klinikal mana peserta dibahagikan kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan secara rawak) membandingkan omega-3 PUFA, yang diberikan dalam bentuk suplemen atau diet yang diperkaya dengan plasebo (rawatan palsu) dalam orang yang mempunyai jenis dementia yang paling biasa.

Kajian yang dimasukkan

Kami memasukkan tiga ujian yang menyiasat 632 orang dengan penyakit Alzheimer tahap ringan kepada tahap sederhana. Kami mendapati tiada ujian yang dilakukan atas jenis dementia yang lain. Dalam semua ujian, peserta mengambil sama ada plasebo atau suplemen omega-3 PUFA. Kualiti ujian tersebut adalah memberangsangkan. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan secara rawak. Para peserta dan penyiasat tidak mengetahui rawatan yang diberikan.

Keputusan

Apabila kami menggabungkan keputusan ujian, kami mendapati bahawa pengambilan suplemen omega-3 PUFA selama enam bulan mempunyai kesan ke atas kognisi (pembelajaran dan pemahaman), fungsi harian, kualiti hidup atau kesihatan mental. Satu kajian kecil mendapati bahawa omega-3 PUFA menambah baik aktiviti harian yang kompleks secara kognitif, seperti membeli-belah, apabila diambil untuk tempoh yang lebih lama. Walau bagaimanapun, kualiti bukti itu hanya sederhana, jadi ini harus disahkan dalam ujian selanjutnya. Omega-3 PUFA juga tidak mempunyai kesan ke atas penilaian keterukan penyakit secara keseluruhan. Ujian tidak melaporkan kesan sampingan dengan baik, tetapi tiada satu pun kajian melaporkan kesan sampingan buruk yang boleh memudaratkan kesihatan.

Rumusan

Secara keseluruhan, kualiti bukti adalah sederhana atau tinggi bagi kebanyakan kesan-kesan yang telah diukur, tetapi kami mendapati tiada bukti untuk manfaat atau mudarat daripada suplemen omega-3 PUFA bagi orang dengan mengalami penyakit Alzheimeryang ringan hingga sederhana. Kesan ke atas orang dengan dementia jenis lain tidak jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information