Ujian pengimejan saraf optik dan seratnya untuk diagnosis glaukoma

Soalan ulasan
Kami mengkaji bukti mengenai ketepatan imbasan konfokal laser oftalmoskopi (boleh didapati secara komersial sebagai Heidelberg Retinal Tomogram (HRT)), kepaduan optik tomografi (OCT) dan pengimbasan laser polarimetri (seperti yang digunakan oleh peranti GDx) untuk diagnosis glaukoma pada orang yang berisiko. Ujian-ujian ini boleh mengukur struktur kepala saraf optik atau mengukur ketebalan gentian saraf atau kedua-duanya.

Latar belakang
Glaukoma adalah penyakit neurodegenaratif progresif yang melibatkan saraf optik, dengan kerosakan kepada medan visual. Penjalanan penyakit ini boleh diperlahankan atau dihentikan dengan mengurangkan tekanan intraocular dengan ubat titis mata atau pembedahan.

Ciri-ciri kajian
Kami mendapati 106 kajian, kebanyakannya menilai peranti tunggal, yang menganalisa 16.260 mata (8353 kes, dan 7907 kawalan). Empat puluh kajian (5574 peserta) dinilai GDx, 18 kajian (3550 peserta) dinilai HRT, dan 63 (9390 pesakit) dinilai OCT. Dua puluh empat kajian telah ditaja oleh pengeluar, dan dalam 15 kajian, pembiayaan adalah tidak jelas. Diagnosis akhir glaukoma terpaksa disahkan oleh pemeriksaan klinikal, termasuk ujian medan penglihatan atau pemeriksaan saraf optik klinikal atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mencari kajian yang membandingkan mana-mana dua ujian pengimejan mata. Cara yang kami harapkan adalah untuk menguji instrumen-instrumen ini antara pesakit yang berisiko seperti yang dilihat dalam penjagaan rutin. Sebaliknya, kami mendapati kajian yang menilai prestasi ujian tunggal pada orang tanpa glaukoma dan berbanding dengan prestasinya pada orang yang sebelum ini mempunyai diagnosis glaukoma. Pencarian kajian adalah terkini sehingga 19 Februari 2015.

Keputusan utama
Prestasi semua peranti berubah-ubah di semua kajian, tetapi secara keseluruhan prestasi mereka adalah lebih kurang sama. Dalam 1000 orang yang dirujuk oleh klinik penjagaan mata, 200 orang (20%) mempunyai glaukoma yang nyata selepas menjalani beberapa ujian fungsi atau anatomi oleh pakar optometri. Penggunaan GDX, HRT dan OCT akan terlepas kira-kira 60 kes daripada 200 pesakit dengan glaukoma (sensitiviti 70%), dan dengan rujukan salah bagi 50 daripada 800 pesakit tanpa glaukoma (kekhususan 95%). Jika kelaziman glaukoma adalah 5%, di mana orang dirujuk kerana sejarah keluarga glaukoma, angka tersebut akan menjadi 15 pesakit yang terlepas daripada 50 orang glaukoma yang nyata, dan mengelakkan rujukan kira-kira 890 daripada 950 orang yang tiada glaukoma.

Ujian-ujian teresebut adalah lebih berkesan untuk mengesan glaukoma yang lebih teruk berbanding dengan glaukoma yang awal.

Qualiti bukti
Pemilihan dua kumpulan yang terdiri daripada mata yang sihat dan mata glaukoma di semua kajian-kajian tersebut mungkin akan memberi ketepatan yang terlalu tinggi untuk alat-alat ini apabila berbanding apa yang boleh dicapai dalam rawatan harian. Sebaliknya, perbandingan antara ujian pengimejan dalam kumpulan pesakit yang mempunyai risiko glaukoma adalah lebin sepadan dengan dunia sebenar,

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan