Terapi ubat untuk merawat paras asid urik tinggi dalam kalangan individu dengan tekanan darah tinggi.

Latar belakang

Asid urik adalah produk akhir semulajadi yang terhasil dari penghuraian tisu badan dan pemakanan seseorang, terutama protein. Asid urik biasanya dikeluarkan dari badan oleh ginjal dan dikumuh dari badan dalam kencing. Namun, jika terlalu banyak asid urik dihasilkan atau ginjal tidak dapat mengeluarkan nya dari darah seperti biasa, paras asid urik dalam darah meningkat (disebut hiperurisemia). Kaitan di antara hiperurisemia dengan tekanan darah tinggi (urusan kesihatan utama seluruh dunia) telah dikenal pasti sejak kurun ke19. Hari ini, terdapat lebih bukti bahawa ini adalah kaitan penting. Matlamat ulasan ini adalah untuk menilai sama ada mengurangkan paras asid urik dalam darah boleh menurunkan tekanan darah. Pendekatan sedemikian mungkin menjadi matlamat dan/atau opsyen terapeutik untuk individu dengan hipertensi.

Ciri kajian

Dalam kemas kini ulasan terdahulu, kami menilai abstrak 349 rujukan, dan memilih 21 untuk penilaian. Hanya tiga kajian yang sesuai untuk dimasukkan, yang mana dua tidak dikenal pasti di dalam ulasan terdahulu topik ini. Kajian-kajian ulasan ini adalah dari USA; dan menilai remaja dan orang dewasa. Matlamat kajian-kajian ini adalah untuk membandingkan terapi ubat bagi mengurangkan asid urik dengan kontrol plasebo dalam kalangan individu dengan tekanan darah tinggi.

Apa yang dikata oleh kajian

Kami mendapati terapi ubat untuk mengurangkan paras asid urik tidak menghasilkan penurunan tekanan darah yang signifikan dalam kalangan individu yang mempunyai paras asid urik yang tinggi dan tekanan darah tinggi berbanding plasebo. Terapi ubat adalah lebih baik dari plasebo untuk mengurang paras asid urik darah. Penarikan akibat kesan sampingan tidak bertambah dengan terapi ubat; namun dalam satu kajian, seorang pesakit menarik diri akibat tindakbalas kulit yang teruk.

Oleh itu, tiada bukti cukup untuk menunjukkan penggunaan ubatan yang mengurangkan paras asid urik dalam darah juga menurunkan tekanan darah individu-individu dengan hipertensi. Lebih banyak kajian terhadap persoalan ini diperlukan. Oleh kerana hanya tiga kajian sesuai untuk dimasukkan, kami tidak dapat memastikan kajian lanjutan tidak akan mengubak rumusan-rumusan ini.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, terdapat bukti berkualiti rendah yang gagal mengesahkan sama ada terapi ubat untuk merawat paras urik asid tinggi dapat menurunkan tekanan darah. Kajian-kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini menunjukkn bahawa keputusan adalah berbeza-beza dalam kajian-kajian untuk hasil ini. Tambahan pula, kami medapati bukti berkualiti tinggi terapi ubat yang mengurangkan asid urik dapat mengurangkan asid urik. Terdapat bukti berkualiti rendah yang gagal menunjukkan terapi ubat meningkatkan penarikan diri dari kajian akibat kesan sampingan. Antara sebab-sebab utama termasuklah isu dengan reka bentuk kajian, kurangnya data dan keputusan yang berbeza-beza di antara kajian-kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan