Zolmitriptan untuk serangan migrain akut pada dewasa

Migrain adalah keadaan yang kompleks dengan pelbagai gejala. Ia mengganggu 1 dalam 8 orang, terutamanya wanita pada usia 30 hingga 50 tahun. Bagi kebanyakan orang, ciri utama adalah sakit, dan seringnya melumpuhkan, sakit kepala. Gejala lain termasuk berasa sakit, penglihatan yang terganggu dan sensitiviti kepada cahaya, bunyi, dan bau.

Zolmitriptan adalah salah satu keluarga ubat triptan. Ia digunakan untuk merawat serangan migrain apabila ia berlaku, bukan untuk mengelakkan serangan yang berlaku. Ia boleh didapati sebagai tablet oral untuk ditelan keseluruhan, tablet oral untuk cair dalam mulut, dan semburan hidung. Sorotan ini melihat 25 kajian yang melibatkan lebih daripada 20,000 peserta yang melaporkan kesan zolmitriptan terhadap serangan migrain. Kebanyakan maklumat adalah untuk tablet yang diambil melalui mulut. Keseluruhan kualiti metodologi kajian yang dimasukkan adalah baik, dan saiz kumpulan rawatan cukup besar untuk mengelakkan berat sebelah. Terdapat ketidak-konsisten dalam cara penggunaan ubat penyelamat dan kesan sampingan dilaporkan.

Satu dos oral zolmitriptan melegakan sakit kepala migrain pada sesetengah orang. Beberapa keputusan kesakitan yang berbeza telah dilaporkan.

Satu keputusan melaporkan kesakitan yang berkurang daripada sederhana atau teruk kepada hilang sakit pada dua jam selepas mengambil rawatan. Tablet zolmitriptan oral 2.5 mg memberikan hasil ini kepada kira-kira 3 dalam 10 orang (30%), berbanding kira-kira 1 dalam 10 (10%) yang mengambil plasebo.

Hasil lain adalah kesakitan yang dikurangkan daripada sederhana atau teruk kepada tidak lebih buruk daripada sakit ringan dua jam selepas mengambil rawatan (dipanggil kelegaan sakit kepala). Tablet zolmitriptan oral 2.5 mg memberikan keputusan ini kepada kira-kira 6 dalam 10 orang (61%), berbanding dengan 3 dalam 10 (29%) mengambil plasebo.

Keputusan yang sedikit lebih baik didapati dengan dos lebih tinggi 5 mg atau 10 mg tablet oral, tetapi dos 10 mg dikaitkan dengan lebih banyak kesan sampingan, yang kebanyakannya adalah berdurasi singkat dan ringan atau sederhana dalam keterukannya. Keputusan untuk semburan hidung 5 mg secara amnya sama dengan tablet oral, tetapi ia jauh lebih baik daripada tablet pada 1 jam.

Pesakit migrain mahu rawatan yang menghilangkan sakit kepala dan gejala yang berkaitan dengan cepat (maksimum dua jam) dan menghalangnya kembali (dalam masa 24 jam). Keputusan menunjukkan bahawa dengan dos 5 mg hanya 14% daripada mereka yang dirawat adalah bebas sakit pada 2 jam tanpa sakit kepala yang berulang dalam masa 24 jam.

Zolmitriptan oral 2.5 mg dan 5 mg melegakan sakit kepala pada dua jam kepada jumlah orang yang sama (2 dalam 3) sebagai sumatriptan oral 50 mg, tanpa perbezaan bilangan yang mengalami kesan sampingan. Individu yang bertindak balas terhadap setiap ubat mungkin tidak sama.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information