Adakah ubat penahan sakit yang disapu pada kulit benar-benar berkesan?

Kesimpulannya

Emulgel diclofenac, gel ketoprofen, gel piroxicam, dan plaster diclofenac berkesan dalam ketegangan dan terseliuh. Untuk tangan dan lutut osteoarthritis, ubat-ubatan anti-radang bukan steroid (NSAIDs) topikal diclofenac dan topikal ketoprofen yang disapu pada kulit selama sekurang-kurangnya 6 hingga 12 minggu dapat membantu mengurangkan kesakitan dengan sekurang-kurangnya separuh orang dalam beberapa jumlah yang sederhana. Untuk neuralgia postherpetic (sakit berikut kayap), topikal kepekatan capsaicin yang tinggi (berasal dari lada cili) boleh mengurangkan kesakitan dalam sekurang-kurangnya separuh bilangan kecil orang.

Latar belakang

Ubat penahan sakit disapu pada kulit dipanggil sebagai topikal ubat penahan sakit (analgesik). Terdapat perdebatan sama ada, bagaimana, dan dalam apa keadaan yang menyakitkan, ubat penahan sakit berkesan.

Ciri-ciri kajian

Kita telah melihat ulasan sistematik yang mengkaji ubat topikal penahan sakit dalam Pangkalan Data Cochrane Ulasan Sistematik (Perpustakaan Cochrane) yang diterbitkan sehingga Februari 2017. Ulasan rawatan menilai jangka pendek (akut, kurang daripada tiga bulan) atau keadaan sakit jangka panjang (kronik, lebih daripada tiga bulan). Kami telah meneliti cara ubat penahan sakit topikal bekerja, apa-apa kemudaratan yang ubat ini menyebabkan, dan sama ada orang menarik diri daripada kajian. Kami juga telah melihat kualiti bukti.

Keputusan-keputusan utama

Kebanyakan ulasan menilai kesan ubat topikal penahan sakit dengan topikal plasebo. Satu topikal plasebo adalah sama sebagai bahan aktif, kecuali ia tidak mempunyai ubat penahan sakit di dalamnya. Penggunaan plasebo untuk membatalkan kesan menggosok yang mungkin berada dalam sesetengah analgesik topikal.

Untuk ketegangan dan terseliuh, terdapat beberapa ubat topikal penahan sakit NSAID yang disapu pada kulit dapat membantu mengurangkan kepedihan dengan sekurang-kurangnya separuh daripada seminggu di sekitar 1 dalam 2 hingga 1 dalam 5 orang. Ini adalah emulgel diclofenac, gel ketoprofen, gel piroxicam, Flector plaster diclofenac, dan plaster diclofenac yang lain. Cara ubat dihasilkan adalah penting dalam menentukan sejauh mana mereka berkesan.

Untuk tangan dan lutut osteoarthritis, ubat penahan sakit NSAID topikal diclofenac dan topikal ketoprofen disapu pada kulit dapat membantu mengurangkan kepedihan dengan sekurang-kurangnya separuh daripada 6 hingga 12 minggu di sekitar 1 dalam 5 hingga 1 dalam 10 orang. Untuk neuralgia postherpetic, satu sapuan topikal kepekatan capsaicin tinggi boleh mengurangkan kesakitan dengan sekurang-kurangnya separuh dalam masa lebih kurang 1 dalam 12 orang selama 8 hingga 12 minggu.

Tidak ada bukti yang baik untuk menyokong ubat penahan sakit topikal yang lain dalam sebarang keadaan yang menyakitkan.

Topikal kepekatan capsaicin yang rendah menyebabkan kesan sampingan setempat (seperti gatal-gatal atau ruam) dalam 4 dalam 10 orang, dan kesan sampingan menyebabkan penarikan diri terhadap 1 dalam 12 orang. Kesan-kesan sampingan dan penarikan diri disebabkan oleh kesan sampingan adalah sebaliknya sesuatu yang jarang atau tidak berbeza daripada mereka yang mempunyai topikal plasebo. Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah tinggi ke sangat rendah. Sebab utama bukti yang berkualiti sangat rendah adalah bilangan peserta yang sedikit dalam beberapa kajian, yang membuatkan ianya mustahil (atau tidak selamat) untuk menganggarkan manfaat atau mudarat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan