Vaksin oral untuk mencegah taun

Penyelidik di The Cochrane Collaboration menjalankan ulasan tentang kesan vaksin oral untuk mencegah taun. Selepas mencari kajian yang relevan, mereka mengenal pasti 48 artikel. Penemuan-penemuan mereka diringkaskan seperti berikut.

Apakah taun dan bagaimana vaksin berfungsi?

Taun adalah sejenis cirit-birit yang teruk. Orang mendapat taun dengan meminum air atau memakan makanan yang telah tercemar dengan bakteria (Vibrio cholera). Sesetengah orang hanya jatuh sakit yang tidak serius, tetapi sesetengah menjadi sangat tidak sihat dengan cirit-birit berair dan muntah-muntah. Mereka boleh mengalami dehidrasi dengan cepat dan jika tidak dirawat, 25% hingga 50% boleh mati.

Penyakit ini merebak dengan cepat dalam masyarakat miskin, terutamanya di tempat yang kurang bersih atau kekurangan air bersih. Di kem-kem pelarian atau selepas bencana alam, wabak taun boleh membunuh ratusan orang dengan cepat.

Vaksin taun oral berfungsi dengan memberi dos kecil bakteria taun untuk ditelan. Bakteria dalam dos ini telah dibunuh atau diubah supaya ia tidak menyebabkan cirit-birit tetapi masih mampu untuk membuat orang imun terhadap taun yang semula jadi. Terdapat tiga jenis vaksin taun oral pada masa ini.

Apa penyelidikan berkata tentang kesan penggunaan vaksin oral semasa 

Vaksin taun oral akan mengurangkan risiko mendapat taun jika anda tinggal di tempat di mana taun adalah biasa, tetapi mereka tidak akan menghapuskan risiko tersebut dengan sepenuhnya.

Vaksin taun oral mungkin tidak mempunyai sebarang kesan sampingan utama apabila mereka diambil, tetapi komplikasi yang jarang berlaku atau lewat berlaku tidak boleh dikecualikan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save