Program saringan untuk batuk kering.

Batuk kering adalah sejenis penyakit berjangkit serius yang menjangkiti lebih daripada sembilan juta orang setiap tahun.Penyakit ini tersebar melalui titisan bawaan udara yang terhasil dari paru-paru penghidap batuk kering. Walaupun terdapat rawatan yang meluas dengan terapi anbiotik efektif, penyakit ini tetap berleluasa di banyak kawasan dengan sumber yang terhad. Sorotan ini bertujuan untuk menentukan sama ada pemeriksaan sistematik semua kontek langsung dengan orang yang terbukti mempunyai penyakit batuk kering meningkatkan dengan pengesanan awal batuk kering. Sorotan ini mendapati bahawa tidak ada sebarang ujian terkawal rawak yang sesuai pada masa ini untuk menjawab soalan ini dan tidak terdapat bukti yang cukup untuk menunjukkan sama ada semua program-program untuk batuk kering akan meningkatkan kadar diagnosis dalam kalangan kenalan pesakit batuk kering atau mengurangkan kadar batuk kering dalam masyarakat. Oleh itu, penyelidikan lanjut diperlukan untuk menentukan manfaat pemeriksaan sistematik kontek pesakit batuk kering.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nur Izzati (Melaka Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nurizzatiatie86@yahoo.com. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi hayatikk@usm.my 

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan