Apakah rawatan terbaik untuk sejenis sista tulang rahang yang dipanggil 'tumor odontogenik keratosistik'?.

Soalan ulasan

Ulasan ini dibuat untuk menilai kesan pelbagai intervensi rawatan bagi sejenis sista yang sering terjadi di tulang rahang bawah yang dipanggil tumor odontogenik keratosistik (KCOT).

Latarbelakang

KCOT adalah sista yang tumbuh dengan cepat namun ia bukan kanser (pundi tertutup yang mengandungi cecair atau udara) yang hanya terjadi pada tulang rahang bawah. Ia terbentuk daripada lebihan tisu yang berkaitan dengan pembentukan gigi dan dipanggil lamina pergigian. Ia adalah agak jarang berlaku dan boleh terbentuk pada sebarang umur.

Salah satu masalah utama merawat KCOT ialah kemungkinan untuk berulang jika dibuang secara pembedahan. Sista baru boleh terbentuk dari lapisan sista yang tertinggal selepas pembedahan.Sista-sista berulang ini tumbuh dengan kadar yang cepat.Beberapa laporan menyatakan 6 dari 10 sista-sista ini akan berulang selepas rawatan.Rawatan untuk mencegah ulangan melibatkan pembuangan banyak tulang di sekeliling sista. Hal ini membawa banyak risiko penting (kerosakan saraf muka, kehilangan bentuk dan fungsi muka). Masa kini, wujud banyak keraguan tentang opsyen atau pilihan rawatan terbaik.

Ciri kajian

Penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan kajian sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 17 Mac 2015.Tidak terdapat sebarang kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Ulasan ini menunjukkan tiada bukti berkualiti tinggi bagi keberkesanan rawatan sedia ada, oleh itu kajian lanjut perlu untuk membantu pengamal dan pesakit membuat pilihan termaklum tentang opsyen rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information