Adakah terapi antioksidan bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik?

Mereka dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan mati secara pramatang. Walaupun penyakit jantung mempunyai banyak punca, kerosakan yang disebabkan oleh pertukaran oksigen yang lemah dalam sel-sel badan (tekanan oksidatif) dianggap sebagai masalah utama. Mereka dengan CKD sering mempunyai bukti stres oksidatif dan ini dikaitkan secara positif dengan kadar perkembangan penyakit buah pinggang. Penyelidik menilai bukti terkini untuk menilai cara terapi antioksidan mempengaruhi hasil bagi pesakit dengan CKD. Secara keseluruhan, penyelidik mendapati bahawa terapi antioksidan tidak mengurangkan risiko penyakit jantung atau kematian pada orang dengan CKD, tetapi ini boleh berubah bergantung pada peringkat CKD. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa mereka yang dialisis boleh mendapat manfaat daripada rawatan antioksidan, dan terapi ini boleh mengurangkan risiko penyakit buah pinggang untuk menjadi lebih teruk. Walau bagaimanapun, keputusan ini berdasarkan bukti yang sangat terhad dan kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan jika terapi antioksidan boleh memberi manfaat kepada orang yang mempunyai CKD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save