Intervensi yang akan meningkatkan dan mengekalkan pengambilan vaksin dinegara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Apakah matlamat ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk menilai kesan strategi yang berbeza untuk meningkatkan bilangan kanak-kanak di negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana, yang menerima vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit. Para penyelidik di Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian-kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mendapati 14 kajian-kajian yang berkaitan.

Adakah strategi-strategi untuk memperbaiki vaksinasi kanak-kanak berkesan?

Memberi maklumat mengenai vaksinasi kepada ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat, menyampaikan kad peringatan vaksinasi yang direka khas, menawarkan vaksin melalui jangkauan imunisasi biasa, dengan dan tanpa insentif isi rumah (ganjaran), mengenal pasti kanak-kanak yang tidak divaksinasi melalui lawatan ke rumah dan merujuk mereka ke klinik-klinik kesihatan, dan mengintegrasikan perkhidmatan vaksinasi dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain boleh menyebabkan lebih banyak kanak-kanak mendapat vaksin.Walau bagaimanapun, menawarkan wang kepada ibu bapa untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka tidak boleh meningkatkan kadar pengambilan vaksin. Kebanyakan penemuan ini mempunyai kepastian yang rendah, dan kami memerlukan lebih banyak kajian yang bagus dalam persoalan ini.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Berjuta-juta kanak-kanak di negara-negara yang berpendapatan rendah masih meninggal akibat penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Terdapat beberapa sebab untuk masalah ini.Kerajaan dan lain-lain telah cuba pelbagai strategi untuk meningkatkan bilangan kanak-kanak yang mendapat vaksin.

Apakah matlamat utama bagi ulasan ini?

Para pengarang ulasan ini menjumpai 14 kajian yang berkaitan dari Georgia, Ghana, Honduras, India, Mali, Mexico, Nicaragua, Nepal, Pakistan, dan Zimbabwe. Kajian-kajian ini membandingkan orang yang menerima strategi ini kepada orang yang hanya menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan biasa. Kajian-kajian tersebut menunjukkan :

Memberikan maklumat dan membincangkan vaksinasi dengan ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat yang lain dalam mesyuarat-mesyuarat kampung atau di rumah mungkin menyebabkan lebih banyak kanak-kanak menerima tiga dos vaksin difteria-tetanus-pertussis (bukti kepastian sederhana ).

Memberikan maklumat kepada ibu bapa mengenai kepentingan vaksin semasa lawatan ke klinik kesihatan digabungkan dengan kad peringatan peserta yang direka khas dan integrasi perkhidmatan suntikan dengan perkhidmatan kesihatan yang lain boleh meningkatkan pengambilan tiga dos vaksin difteria-tetanus-pertussis (bukti kepastian rendah ).

Menawarkan wang kepada ibu bapa dengan syarat mereka vaksinasi anak-anak mereka boleh membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada bilangan kanak-kanak yang divaksin sepenuhnya (rendah kepastian bukti).

Menggunakan pasukan vaksinasi untuk menawarkan vaksinasi di kampung-kampung pada masa-masa tertentu setiap bulan boleh meningkatkan liputan untuk vaksinasi penuh (bukti kepastian adalah rendah)

Bagaimanakah cara untuk mengemaskinikan ulasan ini?

Para pengarang ulasan mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Mei 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College).Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.