Keadaan pekerjaan yang fleksibel dan kesannya ke atas kesihatan dan kesejahteraan pekerja

Aturan pekerjaan yang fleksibel, seperti waktu kerja fleksibel dan bekerja melalui telefon, semakin lazim di negara-negara perindustrian, namun impak ke atas kesihatan pekerja dan kesejahteraan mereka adalah sebahagian besarnya tidak diketahui. Ulasan ini mengkaji kesan kesihatan dan kesejahteraan dari susunan kerja fleksibel, yang memihak kepada pekerja dan juga kerja yang ditentukan oleh majikan (contohnya, kontrak tempoh-tetap atau kerja lebih masa wajib). 

Sepuluh kajian terkawal sebelum dan selepas kajian yang menilai kesan enam jenis susunan kerja fleksibel ke atas kesihatan dan kesejahteraan pekerja didapati: swa-penjadualan (n = 4); masa fleksibel (n = 1); kerja lebih masa (n = 1); persaraan beransur (n = 2); sambilan luar kawal (n = 1) dan kontrak tempoh-tetap (n = 1). 

Intervensi swa-penjadualan syif dan persaraan separa/awal yang ditentukan oleh perkerja dapat meningkatkan kesihatan (termasuk tekanan darah sistolik dan kadar jantung; keletihan, kesihatan mental, tempoh tidur, kualiti tidur dan kecerdasan dan penilaian sendiri status kesihatan) dan/atau kesejahteraan (sokongan sosial rakan sekerja dan kesedaran berkomuniti) dan tiada kesan kesihatan yang buruk diperhatikan.

Kajian-kajian berkerja lebih masa, waktu kerja fleksibel dan kontrak tempoh-tetap tidak mendapati kesan yang ketara ke atas kesihatan fizikal, mental atau umum ataupun pada sebarang hasil kesejahteraan yang dinilai. Walau bagaimnapun, yang penting, kajian ke atas kerja lebih masa gagal untuk memberi maklumat terperinci mengenai jumlah atau tempoh berkerja lebih masa, maka adalah sukar untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kesan berkerja lebih masa terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Secara keseluruhan, penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa fleksibiliti dalam pekerjaan yang memberi pekerja lebih banyak pilihan atau kawalan lebih cenderung mempunyai kesan positif ke atas kesihatan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, memandangkan hanya bilangan kecil kajian yang termasuk dalam ulasan ini dan limitasi metodologi, kesimpulannya haruslah digunakan dengan cermat. Oleh itu, kajian yang bermutu diperlukan untuk menjelaskan lagi hubungan antara kerja yang fleksibel dan kesihatan dan kesejahteraan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syafiqa M Saleh. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi syafiqa.saleh@gmail.com.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan