Intervensi untuk pengendalian penyerapan akar luaran.

Soalan sorotan

Sorotan ini dibuat untuk menilai pelbagai intervensi pengendalian penyerapan semula akar gigi.

Latarbelakang

Penyerapan akar luaran berlaku apabila sistem imun tubuh melarutkan struktur akar gigi.Ia boleh berlaku akibat jangkitan gigi, rawatan ortodontik atau dengan kehadiran gigi yang belum keluar di dalam rahang.Walaupun keadaan ini jarang menimbulkan simtom, penyerapan akar luaran boleh menyebabkan pergerakan gigi, dan jika diagnosis dan rawatan di peringkat awal gagal, boleh menyebabkan gigi tertanggal. Walaupun keadaan ini kerap terjadi, rawatan biasanya bergantung kepada kes dan tiada bukti yang mencukupi tentang rawatan terbaik.

Ciri kajian

Pengarang Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjalankan sorotan ke atas kajian sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 14 Oktober 2015. Tidak ada kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk sorotan ini.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Sorotan ini tidak menemui bukti keberkesanan rawatan yang sedia ada, oleh itu kajian lanjut diperlukan untuk membantu pengamal dan pesakit membuat pilihan termaklum tentang pilihan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information