Perencat angiogenesis bagi kanser tiroid metastatik

Buat masa ini, tiada bukti boleh percaya daripada kajian rawak terkawal yang menunjukkan manfaat penggunaan perencat angiogenesis melebihi risiko dalam merawat kanser tiroid lanjutan. Angiogenesis (iaitu bekalan darah dan pembentukan salur darah baharu dalam tumor) memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan metastasis tumor. Pada masa ini, terdapat empat kajian rawak terkawal sedang dijalankan. Walaupun terdapat manfaat berpotensi penggunaan perencat angiogenesis, pelbagai kesan sampingan yang tidak diingini telah dilaporkan. Ini termasuk ruam, cirit-birit, kelesuan, loya, proteinuria, stomatitis atau mukositis, dan tekanan darah tinggi. Kami akan mengemaskini ulasan ini setelah data daripada kajian-kajian diperolehi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Uniersiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan