Akupunktur untuk kesakitan endometriosis

Endometriosis ialah penyakit ginekologi yang menyebabkan kesakitan pelvis yang kronik, yang paling ketara ialah kesakitan semasa haid, merupakan rungutan yang paling lazim. Akupunktur kerap digunakan untuk merawat kedua-duanya iaitu kesakitan dan pelbagai keadaan ginekologi. Ulasan ini meninjau keberkesanan akupunktur bagi mengurangkan kesakitan endometriosis; walaubagaimanapun hanya satu kajian telah menepati kriteria kemasukan kami. Data daripada kajian yang dimasukkan, melibatkan 67 wanita, menunjukkan akupunktur telinga adalah lebih efektif / berkesan berbanding dengan perubatan herba Cina untuk mengurangkan kesakitan haid. Kajian tidak melaporkan samada peserta mengalami kesan-kesan sampingan daripada rawatan mereka. Kajian yang direka bentuk dengan baik dan bersaiz lebih besar dengan perbandingan antara akupunktur dan terapi-terapi konvensional adalah diperlukan untuk mengesahkan keputusan-keputusan ini. 

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Maalaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information