Agen perangsang eritropoiesis untuk pesakit dengan kegagalan jantung kronik dan anemia

Kegagalan jantung kronik adalah satu gangguan di mana jantung tidak dapat mengepam darah dan menyampaikan oksigen secukupnya ke seluruh badan. Pesakit dengan kegagalan jantung mungkin mengalami anemia, keadaan sel-sel darah merah yang kurang dan darah kurang berupayaan untuk membawa oksigen.  Pesakit-pesakit ini dilihat mempunyai gejala lebih teruk dan survival lebih buruk dan mungkin dapat memanfaatkan terapi tambahan untuk anemia mereka.  Agen perangsang eritropoiesis (ESA) dengan tambahan zat besi telah digunakan sejak tahun 1980-an untuk merawat anemia dalam kalangan pesakit kanser dan buah pinggang kronik.  ESA mempunyai tindakan yang sama sebagai eritropoietin, satu hormon yang dihasilkan secara semulajadi oleh buah pinggang untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah.  Ulasan ini menunjukkan bahawa ESA memperbaiki anemia, toleransi bersenam, kualiti hidup dan mengurangkan simptom kegagalan jantung pesakit dengan anemia yang ringan.  ESA mungkin mengurangkan kemasukan ke hospital dan meningkatkan survival.  Tiada peningkatan kesan sampingan utama dalam kalangan mereka yang menerima terapi ESA berbanding kumpulan kawalan dalam tempoh 2-12 bulan kajian (maksimum 12 bulan) walaupun kesan rawatan dalam tempoh yang lebih panjang tidak diketahui. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menjelaskan kesan sepenuhnya dan keselamatan ESA sebagai rawatan bagi anemia dalam kalangan pesakit-pesakit ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save