Statin untuk strok iskemik akut

Strok (angin ahmar) adalah satu masalah kesihatan awam yang utama yang boleh menyebabkan kematian dan kehilangan upaya yang serius. Terdapat bilangan ubat yang terhad untuk merawati pesakit yang mengalami strok. Statin, satu kategori ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol, dikenal pasti sebagai selamat dan berkesan apabila diberikan kepada pesakit yang menghidapi serangan jantung yang akut. Oleh itu, statin juga mungkin bermanfaat dalam pesakit yang menghidapi strok akut. Kami mengenal pasti lapan kajian statin dalam strok akut yang berkaitan yang melibatkan 625 peserta. Malangnya, tiada maklumat yang mencukupi tersedia ada untuk mengenalpasti sama ada statin adalah selamat dan bermanfaat untuk pesakit dengan strok ischemic akut

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information