Terapi kombinasi berasaskan artemisinin untuk merawat malaria tidak berkomplikasi

Malaria merupakan penyebab utama penyakit dan kematian di kebanyakan negara-negara termiskin di dunia. Ia merebak dari seorang ke seorang melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti dengan mikroorganisma yang dipanggil Plasmodium. Plasmodium Spesies P. falciparum adalah penyebab malaria yang paling biasa di seluruh dunia dan menyebabkan majoriti kematian. Malaria tidak berkomplikasi merupakan satu bentuk penyakit yang ringan, jika tidak dirawat, boleh bertambah pesat untuk mengancam nyawa. Ubat-ubatan yang digunakan secara tradisional untuk merawat malaria tidak berkomplikasi telah menjadi tidak berkesan dalam banyak bahagian di dunia akibat rintangan kepada ubat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini mengesyorkan terapi kombinasi berasaskan-Artemisinin (ACTs) untuk merawat malaria tidak berkomplikasi. ACTs menggabungkan satu derivatif-artemisinin (Kumpulan ubat-ubatan yang agak baru dan sangat berkesan) dengan ubat yang lebih tahan lama lagi untuk cuba mengurangkan risiko mendapat rintangan.

Ulasan ini meringkaskan faedah dan kemudaratan relatif dalam empat ACTs yang digunakan, satu ACT yang agak baru (dihydroartemisinin plus piperaquine), dan satu kombinasi yang tidak mengandungi sebarang derivatif artemisinin tetapi masih digunakan di sesetengah negara-negara Afrika (amodiaquine plus sulfadoxine-pyrimethamine).

Semua lima ACTs terbukti amat berkesan merawat P. falciparumdi kebanyakan tempat di mana mereka dikaji. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ujian di mana ACTs mempunyai paras kegagalan rawatan yang tinggi, yang menekankan perlunya untuk terus memantau prestasi mereka.

ACT yang baru, dihydroartemisinin dengan piperaquine, mempunyai kesan yang sama dengan ACTs yang kini digunakan secara meluas di Asia dan Afrika, dan merupakan satu lagi pilihan untuk rawatan malaria.

ACTs juga dibukti lebih berkesan daripada amodiaquine dengan sulfadoxine-pyrimethamine di negara-negara Afrika Timur yang mungkin menunjukkan paras rintangan yang tinggi, terhadap ubat-ubatan dalam kombinasi ini, di rantau ini.

Bentuk malaria kedua yang paling biasa, P. vivax, boleh juga dirawat dengan ACTs tetapi memerlukan rawatan tambahan untuk menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Ini adalah kerana parasit P. vivax boleh terpendam di dalam hati untuk bulan atau tahun sebelum menjadi aktif semula. ACT di mana ubat-ubatan mempunyai tempoh masa bertindak yang lama boleh membantu untuk melambatkan berulangan ini.

ACT ini seolah-olah agak selamat dengan beberapa kesan sampingan yang serius. Kesan-kesan sampingan yang kecil adalah lebih biasa tetapi mungkin sukar untuk dibezakan daripada gejala-gejala malaria sendiri. Lima puluh ujian telah dimasukkan dalam ulasan ini tetapi tidak melibatkan penduduk yang paling terdedah; wanita hamil dan bayi (umur < enam bulan).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan