Antioksidan bagi lelaki yang mengalami masalah subfertiliti

1Soalan semakan: 1 adakah oral antioksidan tambahan dapat meningkatkan hasil kesuburan bagi lelaki subfertil jika dibandingkan dengan plasebo, tiada rawatan atau yang mengambil antioksidan lain?

1 Latar Belakang: 1 lelaki subfertil yang pasangan mereka menjalani rawatan kesuburan selalunya mengambil makanan tambahan dengan harapan dapat meningkatkan kesuburan mereka. Adalah penting bagi lelaki-lelaki ini untuk mempunyai akses kepada bukti berkualiti tinggi yang memberitahu mereka mengenai manfaat dan risiko pengambilan antioksidan. Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada oral antioksidan akan meningkatkan peluang untuk lelaki subfertil menghasilkan kehamilan secara klinikal dan berakhir dengan kelahiran hidup. Semakan ini tidak pula meneliti penggunaan antioksidan dalam kalangan lelaki yang mempunyai normal sperma.

1 Ciri-ciri kajian: 1 penulis kajian Cochrane memasukkan dalam semakan terbaru ini sebanyak 48 percubaan terkawal rawak yang membandingkan penggunaan antioksidan sahaja dan gabungan dengan plasebo, tiada rawatan atau penggunaan antioksidan lain dalam populasi 4179 lelaki subfertil. Tempoh kajian-kajian ini adalah dari 3 hingga 26 minggu dengan perjumpaan susulan antara 3 minggu hingga 2 tahun. Peserta kajian berumur antara 20 ke 52 tahun. Kebanyakan daripada lelaki yang terlibat dalam kajian ini mempunyai kekurangan motiliti (pergerakan) dan kepekatan (konsentrasi) sperma. Satu kajian melibatkan seorang lelaki selepas pembedahan varikosel/'varicocelectomy'(pembedahan pembuangan salur darah vena yang membengkak dalam kerandut buah zakar), seorang lelaki dengan masalah varikosel/ 'varicocoele' (salur darah vena yang membengkak dalam kerandut buah zakar) dan seorang lelaki yang mengalami prostatitis kronik (jangkitan/ keradangan pada kelenjar prostat). Terdapat tiga kajian yang melibatkan lelaki, sebagai pasangan, yang telah menjalani persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) dan satu kajian melibatkan lelaki yang pasangannya menjalani inseminasi intrauterin/ permanian beradas (IUI). Data adalah dari 31 Januari 2014 hingga sekarang.

Sumber pembiayaan dinyatakan oleh 15 kajian. Empat daripada kajian ini menyatakan bahawa pembiayaan adalah dari sumber komersil dan baki 11 mendapat pembiayaan melalui sumber bukan komersial atau geran universiti. Tiga puluh tiga percubaan tidak melaporkan sebarang sumber pendanaan.

1 Keputusan utama: 1 antioksidan mungkin berkesan dalam merawat lelaki subfertil tetapi laporan kajian tidak konsisten untuk menyakinkan penemuan ini. Hasil kelahiran hidup menunjukkan bahawa kita akan mengharapkan kelahiran bayi secara langsung untuk 5 daripada 100 orang subfertil yang tidak mengambil apa-apa antioksidan, berbanding antara 10 dan 31 daripada 100 orang lelaki yang mengambil antioksidan. Keputusan untuk kehamilan klinikal menunjukkan kehamilan klinikal yang diharapkan untuk 6 dari 100 orang subfertil yang tidak mengambil antioksidan, berbanding antara 11 dan 28 dari 100 orang lelaki yang mengambil antioksidan. Kesan sampingan teruk tidak dilaporkan dengan terperinci dan kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai apa-apa kesan yang berbahaya. Kajian yang lebih berkualiti, laporan ujian terkawal plasebo yang lebih besar mengenai hasil dan kesan sampingan teruk diperlukan untuk membuat kesimpulan yang lebih jelas.

1 Kualiti bukti: 1 kualiti bukti untuk kelahiran hidup dan kehamilan klinikal dianggap 'rendah' sementara kesan sampingan yang teruk dinilai 'sangat rendah'. Penilaian 'rendah' dan 'sangat rendah' ini disebabkan oleh kekurangan penjelasan yang jelas tentang kaedah percubaan dan ketidakserasian, laporan yang tidak mencukupi tentang kelahiran hidup dan kehamilan klinikal. Tiada kajian yang cukup untuk membandingkan intervensi yang sama untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai sama ada keberkesanannya lebih baik daripada yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information
Share/Save