Abatacept untuk radang sendi reumatoid

Ringkasan sorotan Cochrane ini menunjukkan apa yang kita ketahui daripada kajian tentang kesan abatacept terhadap artritis rheumatoid (RA).Walaupun mahal, jika disokong oleh bukti secara keseluruhan, tuntutan faedah ubat ini terhadap simptom dan perkembangan radiografi, dan kadar kesan sampingan jangka pendek yang rendah menjadikannya menarik kepada pesakit RA.

Ulasan ini menunjukkan orang yang mengalami artritis rheumatoid:

- Abatacept mungkin boleh mengurangkan kerosakan sendi seperti yang dilihat pada x-ray.
- Abatacept mungkin boleh mengurangkan sakit, meningkatkan fungsi, dan simptom artritis rheumatoid lain. 
- Abatacept mungkin mengurangkan aktiviti penyakit

Kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi ubat ini. Ini adalah benar untuk kesan sampingan serius yang jarang berlaku. Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk jangkitan yang serius atau jangkitan pernafasan atas.  Komplikasi yang jarang berlaku termasuklah beberapa jenis kanser. 

Apakah itu artritis rheumatoid dan apa itu abatacept?
Apabila anda mengalami artritis rheumatoid, sistem imun anda yang biasanya melawan jangkitan, menyerang lapisan sendi anda. Ini menyebabkan sendi bengkak, kejang, dan sakit. Sendi-sendi kecil di tangan dan kaki biasanya terjejas dahulu. Tiada ubat untuk artritis rheumatoid pada masa ini, oleh itu rawatan bertujuan melegakan sakit dan kekejangan dan meningkatkan keupayaan anda untuk bergerak. 

Abatacept adalah salah satu daripada kumpulan ubat yang dipanggil "selective costimulation modulators" (immunomodulators). Ia berfungsi menyekat aktiviti sel T, satu jenis sel imun dalam badan yang boleh menyebabkan sendi bengkak dan rosak pada orang yang mengalami artritis rheumatoid.

Anggaran terbaik terhadap apa yang berlaku kepada orang yang menghidap artritis rheumatoid dan mengambil abatacept:

X-ray untuk sendi

-Tidak ada kerosakan sendi bagi orang yang mengambil abatacept selepas 12 bulan.
-Kerosakan sendi untuk orang yang mengambil plasebo adalah 0.27 unit dalam skala yang bermula dari 0 sehingga 145 unit.

Kesakitan (skor yang lebih tinggi bermakna lebih teruk atau kesakitan yang lebih teruk)

-Orang yang mengambil abatacept selama 12 bulan mendapati bahawa kesakitan mereka telah dikurangkan sebanyak 12 markah dalam skala 0 hingga 100. (kesakitan mengurang sebanyak 12%)

-Orang yang mengambil ubat abatacept selama 12 bulan menilai kesakitan mereka sebagai 37 dalam skala 0 hingga 100.
-Orang yang mengambil plasebo menilai kesakitan mereka sebagai 49 dalam skala 0 hingga 100. 

ACR 50 (bilangan sendi yang sakit atau bengkak serta masalah lain seperti sakit dan hilang upaya)

-Lebih 20 orang daripada 100 orang mengalami pengurangan simptom artritis rheumatoid selepas pengambilan abatacept selama 12 bulan (pengurangan sebanyak 20%)

-37 daripada 100 orang mengalami pengurangan simptom radang sendi reumatoid selepas pengambilan abatacept.
-17 daripada 100 orang mengalami pengurangan simptom selepas pengambilan placebo.
 

Fungsi fizikal

-25 lebih ramai orang daripada 100 orang mempunyai fungsi fizikal yang lebih baik selepas penggunaan abatacept selama 12 bulan (pembaikan fungsi fizikal sebanyak 25%).
-64 daripada 100 orang mempunyai fungsi fizikal yang lebih baik selepas penggunaan abatacept.
-39 daripada 100 orang yang mengambil placebo mempunyai fungsi fizikal yang lebih baik.

Aktiviti penyakit

-32 lebih ramai orang daripada 100 dianggap mempunyai aktiviti penyakit yang rendah artritis rheumatoid selepas 12 bulan penggunaan abatacept (pembaikan sebanyak 32%).
-42 orang daripada 100 orang dianggap mempunyai aktiviti penyakit yang rendah untuk artritis rheumatoid selepas pengambilan abatacept.
-10 daripada 100 orang yang mengambil plasebo dianggap mempunyai aktiviti penyakit yang rendah untuk artritis rheumatoid.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information