Prosedur penutupan akar bagi rawatan kecacatan jenis-resesi.

Resesi gusi adalah istilah yang menerangkan pendedahan permukaan akar akibat pinggir gusi tersesar ke arah apikal temuan semento-enamel dan ia sering dikaitkan dengan kemerosotan estetik pergigian serta dentin bukal servikal hipersensitif. Keputusan ulasan ini menunjukkan kebanyakan prosedur surgeri plastik periodontal (PPS) mengakibatkan peningkatan signifikan secara statistik kedalaman resesi gusi, paras atakmen klinikal dan kelebaran tisu berkeratin, namun 23/24 kajian dinilai berisiko bias tinggi. Kami juga mendapati perbezaan yang luas dalam peratusan penutupan akar yang lengkap dan purata penutupan akar. Seelok-eloknya, graf tisu penghubung subepitelial, flap lanjutan korona sahaja atau berkait dengan graf lain atau biobahan dan regenerasi tisu berpandu boleh diguna sebagai prosedur penutup akar bagi rawatan untuk kecacatan jenis-resesi. Kami mengesyorkan penyelidikan lanjutan untuk mengesahkan dan mengenal pasti faktor-faktor yang mungkin berkait dengan prognosis dan indikasi setiap prosedur PPS.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan