Perencat Faktor Xa untuk sindrom koronari akut

Penggunaan heparin unfractionated dan heparin rendah berat molekul banyak mengurangkan risiko kematian dan morbiditi sindrom koronari akut. Walau bagaimanapun, penggunaannya juga dikaitkan dengan risiko kejadian buruk seperti pendarahan teruk, yang telah mendorong penyelidik-penyelidik untuk mencari antikoagulan alternatif seperti perencat faktor Xa - satu enzim yang penting dalam lata pembekuan. Kami mengulas secara sistematik keberkesanan dan keselamatan perencat faktor Xa dalam merawat sindrom koronari akut jika dibandingkan dengan heparin unfractionated atau heparin berat molekul yang rendah. Sejumlah empat kajian yang melibatkan 27,976 peserta telah dirangkumkan. Perencat Xa mengurangkan kematian dari semua punca pada 30 hari, dengan kesannya menjadi lebih ketara pada 180 hari. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan diperhatikan untuk kejadian infarksi miokardium atau infarksi semula pada 30 hari. Perencat Faktor Xa didapati adalah lebih selamat daripada enoxaparin, salah satu heparin rendah berat molekul, disebabkan pengurangan kejadian pendarahan besar dan kecil pada 30 pesakit dalam pesakit-pesakit yang menerima rawatan konservatif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information