Rawatan untuk bengkak payudara (berisi lebih, keras, sakit payudara) di kalangan wanita menyusui bayi

Soalan ulasan

Apakah rawatan-rawatan yang terbaik untuk bengkak payudara di kalangan ibu ynag menyusui bayi?.

Latarbelakang

Bengkak payu dara adalah payudara yang kelebihan produksi susu sehingga menyebabkan ia menjadi bengkak, keras dan menyakitkan. Ramai wanita mengalami masalah ini dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak, walaupun ia boleh berlaku kemudian. Ia adalah lebih lazim apabila masa penyusuan adalah terhad atau bayi mempunyai kesukaran menghisap atau ibu dipisahkan dari bayi yang baru lahir. Ini mengakibatkan kepada payudara tidak dikosongkan dengan betul. Bengkak payudara boleh menyukarkan wanita untuk menyusukan bayi. Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti radang payudara, jangkitan dan puting sakit / retak. Setakat ini, bukti yang konsistent agak kurang untuk menyokong berkesanan rawatan.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian mengenai sebarang rawatan untuk bengkak payudara di kalangan ibu yang menyusui bayi. Kami meneliti 13 kajian yan meliputi 919 wanita yang menyusui yang mengalami bengkak payudara. Kajian kajian berkenaan mengkaji rawatan termasuk akupunktur, akutekanan, daun kubis, pek sejuk, ubat, urut dan ultrasound. Empat daripada kajian telah dibiayai oleh sebuah agensi yang mempunyai kepentingan komersial dalam keputusan kajian, dua menerima pembiayaan kebajikan dan dua dibiayai oleh agensi-agensi kerajaan. Lima yang lain tidak mengisytiharkan sumber pembiayaan.

Keputusan

Satu kajian membandingkan akupunktur dengan rawatan biasa (nasihat dan semburan oxytocin) mendapati tiada perbezaan dari segi pemberhentian penyusuan. Walau bagaimanapun, wanita dalam kumpulan akupunktur didapati kurang berkemungkinan untuk mendapati nanah, mempunyai kurang simptom yang teruk pada hari ke lima (selepas bersalin) dan rendah kadar mendapat demam berbanding dengan wanita dalam kumpulan penjagaan biasa. Tiga kajian yang mengkaji daun kubis menunjukkan tiada perbezaan antara suhu bilik dan daun kubis sejuk, antara daun kubis sejuk dan pek gel dan antara krim kubis dan krim aktif; Walau bagaimanapun, semua bentuk rawatan yang disediakan memberi sedikit kelegaan. Pek panas / sejuk didapati lebih berkesan daripada akutekanan. Gua Sha terapi mengikis telah didapati lebih berkesan daripada pek panas dan urut dalam mengurangkan tanda-tanda kebengkakkan payu dara, walaupun kedua-dua bentuk rawatan menurun suhu payudara, kebengkakkan, sakit dan rasa tidak selesa pada lima minit dan 30 minit selepas rawatan. Kajian mengenai terapi ultrasound mempunyai kesan yang sama dan minimal seperti ultrasound palsu, manakala suntikan oxytocin pula dalam kajian yang lain tidak memberi kelegaan langsung Apabila pek gel berbentuk payudara sejuk dibandingkan dengan penjagaan rutin, wanita yang menggunakan pek gel seolah-olah mempunyai kesakitan yang kurang; Walau bagaimanapun, kajian ini adalah berkualiti sangat rendah menyebabkan keputusan yang tidak boleh dipercayai.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah disebabkan bilangan kecil para peserta dalam kajian yang dilibatkan dan bilangan kajian yang terhad memerhatikan hasil yang sama. Lebih banyak penyelidikan yang mantap amat diperlukan untuk rawatan kebengkakkan payu dara.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd JB) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save