Adakah perubahan pengambilan garam pemakanan membantu dalam pencegahan dan rawatan penyakit buah pinggang kencing manis?

Terdapat bukti kukuh pengambilan garam semasa kita adalah faktor utama dalam peningkatan tekanan darah (BP), samada paras BP adalah normal ataupun tinggi. Kencing manis menjadikannya lebih cenderung untuk mengalami BP yang tinggi, dan ini menambahkan risiko strok, serangan sakit jantung dan mempercepatkan perkembangan penyakit buah pinggang kencing manis. Ulasan ini mendapati 13 kajian yang melibatkan 254 pesakit yang mempunyai kencing manis jenis 1 dan 2. Pengurangan pengambilan garam sebanyak 8.5 g/sehari merendahkan BP sebanyak 7/3 mm Hg. Garis panduan kesihatan awam mengesyorkan pengurangan garam pemakanan kepada kurang dari 5-6 g/sehari dan pesakit kencing manis akan mendapat manfaat daripada pengurangan garam dalam pemakanan mereka sekurang-kurangnya kepada paras ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save