Asid tranexamic, satu agen yang menggalakkan pembekuan darah, digunakan untuk pendarahan gastrousus atas yang serious atau yang tidak terkawal

Latar belakang

Pendarahan gastrousus atas merupakan salah satu punca utama kemasukan wad kecemasan di hospital. Prognosis keadaan ini adalah serius. Sesetengah pesakit mungkin maut akibat pendarahan tidak terkawal.

Soalan ulasan

Asid tranexamic ialah ejen antifibrinolitik Ubat ini mengurangkan pemecahan fibrin; fibrin menyediakan rangka untuk pembekuan darah yang diperlukan untuk menghentikan pendarahan. Kajian klinikal mencadangkan bahawa asid tranexamic boleh mengurangkan kadar kemautan akibat pendarahan gastrousus atas.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi data dari lapan kajian rawak tentang asid tranexamic Dua kajian juga menilai ubatan antiulcer. Hanya satu kajian yang menggunakan rawatan endoskopik tambahan; kerana kajian-kajian yang selebihnya telah dijalankan sebelum intervensi ini diperkenalkan dalam amalan klinikal.

Keputusan utama

Kajian-kajian tersebut mendapati bahawa asid tranexamic memberi manfaat terhadap kadar kemautan, tetapi kadar keciciran yang tinggi dalam sesetengah kajian bermaksud kami tidak boleh yakin dengan penemuan ini sehingga kajian tambahan diterbitkan. Tranexamic asid tidak mengurangkan kadar kemautan dalam kajian-kajian yang melibatkan ubat antiulcer atau rawatan teropong. Percubaan terkawal rawak tambahan diperlukan sebelum kami boleh menentukan sama ada asid tranexamic ada manfaat terhadap pendarahan gastrousus atas yang serius dan tidak terkawal.

Kualiti bukti

Ramai pesakit yang pada mulanya diagihkan secara rawak kemudiannya telah dikecualikan daripada penilaian. Oleh itu, punca utama berat sebelah adalah keciciran. Kualiti bukti secara keseluruhan adalah sederhana ataupun rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo(Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save